Dengarlah pesananku ini…pesanan yang terakhir sebelum aku - TopicsExpress



          

Dengarlah pesananku ini…pesanan yang terakhir sebelum aku mengundurkan diri. Kalau bukan yang terakhir ini mungkin adalah yang terakhir bagi tahun ini. Nasihat ini sebenarnya adalah buat diriku ini sendiri yang semakin jauh dari agama. Ampun dan maaf hamba pinta diatas segala khilaf dan aib diri ini yang ramai yang menyedari, ada yang berani menegur, terima kasih aku ucapkan. Andalah sahabat yang sejati…berani menegur dan berkata benar walaupun pahit. Dunia sedang menuju kearah kemusnahan. Sebelum dunia ini musnah, agama akan jatuh dan dihina dengan maksiat yang berluasa. Kemudian agama akan bangkit dan menjadi kuat oleh manusia yang benar-benar berjuang menegakkan agama Allah dengan penuh ikhlas mengharapkan redha Allah, semoga kita termasuk dalam golongan itu….golongan yang membantu agamaNya. Kalau kita tidak mampu menjadi golongan yang berjuang atas agama Allah, jadilah golongan yang membantu mereka yang berjuang itu. Menurut satu kajian, ketika Rasulullah SAW berdakwah di Mekah selama 13 tahun tidak sampai 100 orang sahaja yang memeluk Islam. Apabila Nabi SAW berhijrah ke Madinah, agama telah dapat ditegakkan dengan perantaraan usaha Dakwah dibantu oleh dua golongan Muhajirin dan Ansar maka ketika Nabi SAW wafat dianggarkan mereka yang Islam adalah seramai 124 ribu orang Sahabat. Daripada kurang 100 orang dalam masa 13 tahun berubah menjadi 124 ribu dalam masa 10 tahun. Hijrah dan Nusrah menjadi asbab hidayah seluruh alam. Mengapa Allah SWT lantik Nabi yang terakhir dan mereka yang menjadi Sahabat beliau adalah penduduk Arab Hijaz di Mekah dan Madinah khususnya? Mengapa Allah SWT turunkan kitab Al-Quran yakni kitab yang terakhir didalam Bahasa Arab? Semua cendekiawan dan ahli saintis sepakat bahawa Mekah adalah ‘centre of the Earth’ ataupun pusat kepada bumi. Allah SWT mahu agama yang merupakan syarat bahawa manusia itu mendapat kejayaan dan kebahagiaan dunia dan akhirat tersebar keseluruh alam bermula daripada pusat bumi iaitu di Tanah Arab. “Demikianlah Kami wahyukan kepadamu Al Quran dalam bahasa Arab, supaya kamu memberi peringatan kepada ummul Qura (penduduk Mekah) dan penduduk (negeri-negeri) sekelilingnya serta memberi peringatan (pula) tentang hari berkumpul (kiamat) yang tidak ada keraguan padanya. Segolongan masuk surga, dan segolongan masuk Jahannam.” (QS As-Syuara Ayat 7) Jadikan agama sebagai prioriti atau keutamaan kita kemudian barulah disusuli dengan keperluan hidup dan kehendak. Jangan jadikan agama sebagai perkara yang terakhir kerana kita akan menyesal dikemudian hari. Tiada yang lebih penting daripada agama kerana Allah SWT begitu sayang kepada agamalah maka Dia sanggup melihat para kekasihNya bersusah payah dan berkorban dimandi keringat dan darah semata-mata untuk menegakkan agama dimuka bumi ini. Nabi SAW berdakwah siang dan malam tanpa mengenal erti penat dan lelah, dalam keadaan lapar berhari-hari perut tidak berisi kerana tiada makanan. Keluar rumah dalam keadaan bersih dan pulang dalam keadaan kotor dan berdarah dibaling dengan najis, perut unta dan batu sehingga dihina sedemikian rupa walhal Baginda SAW adalah semulia-mulia makhluk. Pengorbanan yang Baginda SAW lakukan demi ummat terlalu hebat dan tinggi. Kasih sayangnya tiada berbelah bagi. Begitu juga dengan para Sahabat R. Anhum. Mereka membantu Nabi SAW dengan begitu hebat ketaatan dan kasih sayang kepada Nabi SAW. Sehingga Allah beri gelaran Radiallahu Anhum. Allah redha dengan mereka ketika mereka masih didunia lagi. Sedangkan kita dan orang yang beriman yang lain (kecuali para Anbia dan Rasul AS), redha Allah hanya akan diberi semasa kita memasuki syurgaNya insyaallah. Redha Allah adalah sangat mahal dan paling tinggi nikmatnya sehingga ia hanya akan diisytiharkan oleh Allahu Azza Wa Jalla didalam JannahNya. Namun mengapa Para Sahabat telah mendapatkan redha Ilahi? Kerana pengorbanan mereka kepada agama Allah begitu hebat. Contohilah mereka…bagaimana mereka hidup dalam keadaan yang sederhana. Dunia…bukan maksud hidup mereka. Nabi SAW tidak pernah menyuruh dan mengajar mereka bagaimana menjadikan dunia mereka semakin hebat tetapi Nabi SAW mengajar mereka berakhlak mulia dan menjadikan akhirat sebagai maksud hidup dan matlamat. Dunia hanya sementara. Sedangkan Nabi SAW hidup dalam keadaan yang begitu dhaif mengapa kita begitu bersemangat mengejar dunia sehingga agama diabaikan? Jagalah Solat 5 perkara. Yang lelaki semestinya wajib 5 waktu dimasjid, manakala yang wanita diawal waktu. Tanda seorang itu beriman adalah dia memakmurkan rumah Allah. Tiada alasan yang kita patut berikan kepada Allah SWT dalam hal solat kerana tiada kompromi dalam hal solat. Meninggalkan solat dengan sengaja boleh menyebabkan kita menjadi kufur. Meninggalkan solat adalah seperti kita meruntuhkan agama. Dosanya begitu besar lebih besar dari berzina atau membunuh! Satu waktu kita tinggalkan satu huqub didalam api neraka. Satu huqub bersamaan 80 tahun, 1 tahun bersamaan 360 hari dan 1 hari di akhirat bersamaan 1000 tahun didunia! Allahu Akbar! Jangan tinggalkan tahajud ataupun solat malam kerana itulah tanda orang yang soleh. Menangislah dihadapan Allah ketika bersunyi diri seumpama seorang kanak kecil. Dosa kita terlalu banyak, setiap hari kita lalai dan berdosa. Dosa yang paling besar adalah meninggalkan tanggungjawab kepada agama ataupun dakwah, membiarkan manusia dalam kesesatan dosa dan maksiat dan menuju kepada neraka dan kita sedikit pun tidak berkerut dahi dan merasa selesa dengan amal ibadah kita semata-mata. Apakah doa dan zikir Nabi Yunus AS semasa didalam perut ikan Nun ketika dicampak dari kapal kerana meninggalkan dakwah kepada kaumnya? Laailaha illa anta subhanaka inni kuntu minadzhalimin, Tiada Tuhan melainkan Engkau Maha SuciMu sesungguhnya aku termasuk dalam golongan yang zalim. Siapa yang zalim? Iaitu mereka yang tidak buat kerja dakwah! Bacalah Al-Quran setiap hari walaupun 10 ayat. Hak Al-Quran kita perlu khatam sebanyak 2 kali setahun. Bertasbih dan berzikir setiap hari dengan Istighfar, Selawat dan Tasbih Subhanallah Walhamdulillah Laailahaillallah Allahu Akbar. Dengan ini hati kita sentiasa hidup dan segar serta dipenuhi ketenangan. Hati yang lalai dan tidak berzikir akan mati dan tidak akan tenang bahkan akan sentiasa gelisah dan berduka cita. Berbuat baiklah kepada semua manusia dan makhluk Allah SWT dengan berakhlak mulia. Jangan berpecah belah dan bertelagah kerana disitulah hilangnya bantuan dan rahmat dari Allah. Apabila umat Islam bercakaran maka Allah tidak lagi memandang kepada kita apatah lagi membantu kita. Pandanglah kelemahan dan keburukan diri sendiri dan janganlah memandang keburukan dan aib orang lain. Jangan sesekali menganggap diri sendiri lebih baik dari orang lain kerana hanya taqwa sahaja menjadi kayu ukur sejauh mana mulianya manusia disisi Allah. Jangan membazir atau isyraf (berlebihan) kerana membazir adalah saudara Syaitan. Dizaman para Sahabat mereka hanya ada 2 pasang baju, jika ada 3 pasang baju sudah dianggap isyraf atau berlebihan. Nah! Lihatlah betapa jauh bezanya kita dan mereka! Ini belum lagi membazir masa dengan perkara yang tiada kena-mengena dengan agama. Semua kita termasuk aku juga setiap hari kita membazir dan membuat perkara yang sia-sia. Semoga Allah mengampunkan dosa kita semua. Yang terakhir namun bukan yang paling tidak penting adalah jangan berhenti berdoa dan berharap kepada Allah. Mengadulah kepadaNya dan berdoalah bila-bila masa sahaja didalam hati kita. Mintalah hidayah atau petunjuk agar Dia sentiasa meletakkan kita diatas landasan yang betul. Jangan terlalu risau akan soal rezeki atau jodoh kerana itu semua sudah tertulis dan ditentukan oleh Allah. Fikirkan soal maut setiap hari dan berusahalah agar kita mendapat kematian yang dipanggil sebagai Husnul Khatimah. Kesimpulannya adalah hiduplah dengan beragama yakni mentaati segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya. Wallahu A’lam. Hamba si faqir yang hina ingin mengundur diri buat sementara waktu. Maafkan segala kesilapan dan kekhilafan diri ini sebagai manusia biasa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang ada didalam hatiku dan apa yang sedang aku lakukan. Jumpa lagi tahun hadapan Insyallah…. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…. P/S : Ramai yang fikir...Kalau aku kaya.. tetapi tidak ramai yang fikirkan Kalau aku mati.....
Posted on: Mon, 02 Dec 2013 02:26:58 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015