Di ProspekDigital, saya tidak akan berkongsi dengan anda: 1. - TopicsExpress



          

Di ProspekDigital, saya tidak akan berkongsi dengan anda: 1. Mata kail; 2. Batang pancing; . . . apatah lagi cacing & ikan. Tetapi apa yang saya akan fokuskan adalah: 1. Skill mencari lubuk ikan; 2. Cara tentukan umpan yang betul untuk dapatkan ikan yang betul; 3. Waktu yang sesuai untuk turun memancing. Mata kail, batang pancing, ikan, cacing mahupun umpan lain, orang lain dah banyak bagi diluar, carilah mereka ada diluar sana. Disini, ilmu yang anda belajar akan membantu anda memancing dengan betul, dan ilmu tersebut anda boleh wariskan kepada cucu cicit anda. Kita tak tahu sampai bila Google boleh bertahan, mungkin 5 tahun akan datang akan ada pemain baru yang bakal ambil alih tempat mereka ini. Jadi, apa yang anda belajar disini, sebenarnya bukan sahaja berguna untuk jangka masa pendek sahaja, malah untuk masa depan, 5 tahun, 10 tahun, mahupun 20 tahun. Percayalah, saya sudah terlibat dengan pemasaran carian ini sejak 2008, dari sekecil-kecil bisnes sehinggalah sebesar-besar bisnes seperti Expedia, Samsung, AirAsiaGo - ilmu yang saya kongsi disini adalah future-proof hasil dari pengalaman selama hampir 6 tahun di dalam bidang ini. Salam Jumaat. :)
Posted on: Fri, 08 Nov 2013 01:00:01 +0000

Trending Topics



5215085762">Cadastre/Configure: quartelcristao/facebook - peça ajuda e

Recently Viewed Topics




© 2015