Disahkan waras ketika dera anak 2013/09/21 Ipoh: Mahkamah - TopicsExpress



          

Disahkan waras ketika dera anak 2013/09/21 Ipoh: Mahkamah Majistret semalam diberitahu, tertuduh dalam keadaan waras ketika mendera anaknya sehingga parah dan meninggal dunia 13 hari kemudian. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Fauzi Yusof, berkata berdasarkan laporan Hospital Bahagia Ulu Kinta, suri rumah Choong Mee Chin, 30, murung tetapi ketika kejadian berada dalam keadaan waras. Katanya, mental tertuduh kini stabil serta layak ke mahkamah untuk membela diri dan dibicarakan. Pukul seluruh badan Mee Chin dituduh memukul kepala dan seluruh badan anaknya, Ho Yan Hui, 5, dengan menggunakan kayu rotan di ruang tamu rumahnya di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 12 Ogos lalu. Dia didakwa mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 325 Kanun Keseksaan (KK), dengan sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa pada masa, tempat dan tarikh yang sama dan boleh membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan. Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh anak kandungnya yang membawa hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.BH
Posted on: Sat, 21 Sep 2013 02:13:47 +0000

© 2015