Disiplin: 7 pencalonan di Pulau Pinang dibatalkan PULAU - TopicsExpress



          

Disiplin: 7 pencalonan di Pulau Pinang dibatalkan PULAU PINANG 26 Sept. - Sebanyak tujuh pencalonan dari negeri ini untuk bertanding pelbagai jawatan di peringkat bahagian pada pemilihan UMNO bulan depan dibatalkan berikutan keahlian mereka digantung oleh Lembaga Disiplin parti. Enam daripada mereka dari Bahagian Tasek Gelugor iaitu calon jawatan pengerusi tetap bahagian, Mahamad Tahir Yusof; Dr. Md. Rozi Yusof (timbalan ketua bahagian); Datuk Jasmin Mohamed (naib ketua bahagian); Salmah Ahmad (naib ketua wanita bahagian) serta dua calon ahli jawatankuasa bahagian, Azmidy Mohamad dan Rahim Che Noor. Seorang lagi calon ialah Abd. Rashid Abdullah yang bertanding jawatan Naib Ketua Bahagian Nibong Tebal. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Daud Taha berkata, kesemua calon tersebut digantung keahlian selepas didapati bersalah kerana cuba mensabotaj parti pada pilihan raya umum lalu. "Pada 23 September lalu, kita menerima surat bertarikh 20 September 2013 daripada ibu pejabat parti yang menyatakan hak-hak keahlian ketujuh-tujuh mereka digantung. "Berdasarkan peraturan parti, mereka tidak boleh dipilih untuk bertanding, justeru pencalonan mereka ditarik keluar," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. Menurutnya, kedudukan calon-calon lain masih belum muktamad kerana saringan akhir masih dijalankan oleh Ibu Pejabat UMNO. "Mereka nak pastikan semua calon tiada masalah seperti ada kes polis, bankrap dan sebagainya," ujarnya. - UTUSAN ONLINE 6 Artikel Penuh: utusan.my/utusan/UMNO_2013/20130926/um_04/Disiplin-7-pencalonan-di-Pulau-Pinang-dibatalkan#ixzz2fzFqWAvp © Utusan Melayu (M) Bhd
Posted on: Thu, 26 Sep 2013 08:56:31 +0000

Trending Topics




© 2015