Drama Cinta Jangan Pergi bakal menemui peminatnya sekali lagi pada - TopicsExpress



          

Drama Cinta Jangan Pergi bakal menemui peminatnya sekali lagi pada Sabtu dan Ahad ini dengan babak-babak menarik. Di antara babak-babak yang ada di dalam promo saya amat tertarik memerhatikan perbezaan mama Lea dan ibu Khalil. Kedua-dua orang ibu memarahi anak mereka dengan cara yang jauh berbeza. Jerit mama Lea membuatkan Lea hanya mampu menangis dan cuba memohon maaf. Diharapkan dalam episod nanti dapatlah kita lihat Lea mempertahankan apa yang dia lakukan dan kenapa sanggup melakukannya. Kesederhanaan ibu Khalil bercakap membuat Khalil mempertahankan haknya walaupun sudah acapkali ibu Khalil memberitahu segala apa yg dia buat tetap salah. Apakah Khalil sekali lagi tersalah langkah dengan membawa Lea bersamanya tempoh hari? Tidak lama dahulu Hud memberitahu Khalil bahawa kisah lama di antaranya dengan Lea tidak akan berulang. Hud meminta Khalil melepaskan Lea kerana Lea adalah bakal isterinya. Di episode yang lepas juga ada Lea katakan kepada Khalil bahawa dia bakal berkahwin dengan Hud. Namun pujukan Khalil dan naluri hatinya membawa Lea "melarikan" diri bersama Khalil utk beberap hari. Senyuman yang terpancar serta bahagia yang ada membuktikan bahawa cinta Lea adalah untuk Khalil dan kata-kata Hud dahulu pasti menikam jantungnya kini. Tidak sesekali menyokong tindakan Lea, Khalil ataupun Hud di dalam episod2 yang berlalu akan tetapi seperti selalu soal hati tiada siapa yang mengerti. Setelah menjadi saksi buat kali kedua harapnya Hud menyedari keadaan di mana dirinya bertapak di hati Lea. Jangan lupa saksikan Cinta Jangan Pergi di TV9 pada hari Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam. youtu.be/vsqDis2fKj8
Posted on: Thu, 06 Jun 2013 10:50:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015