Dua buah buku yang disusun rapi atas rak buku ini akhirnya saya - TopicsExpress



          

Dua buah buku yang disusun rapi atas rak buku ini akhirnya saya keluarkan setelah sekian lama tidak baca. Kesimpulannya, saya mahu bincangkan isinya dengan guru saya yang sememangnya biasa menghadap isu-isu agama, kekeluargaan dan anak-anak. Dan itu kepakaran beliau. *Kritik time. Ya, penulis harus dikritik hatta saya kenal atau tidak penulis itu. Pernah suatu ketika seorang sahabat dalam jurusan Kaunseling Keluarga bercerita perihal beberapa orang public figure yang senang lenang masuk televisyen dan bercerita keindahan rumahtangga, seolah-olah tidak ada konflik yang perlu diatasi. Public figure berkaitan tidak beri tip menghadapi konflik pun. Selaku kaunselor yang sememangnya berpaksikan dalam cabang rumahtangga, beliau sering menghadapi pelbagai jenis klien. Realitinya tidak sama seperti yang ditonjol dalam televisyen. Sedangkan juga kaunselor belajar pelbagai teori bagai nak rak. Bezanya mereka tidak menulis mahupun jarang mahu keluar televisyen kerana pada mereka membantu orang memang kerja mereka. Jika adapun yang keluar televisyen mahupun menulis mereka akan kupas sesuatu isu dengan lebih lanjut :)
Posted on: Tue, 27 Aug 2013 12:34:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015