Dua pelajar nyaris jadi mangsa sindiket pemerdagangan - TopicsExpress



          

Dua pelajar nyaris jadi mangsa sindiket pemerdagangan manusia 03/10/2013 KOTA KINABALU - Dua pelajar perempuan hampir terperangkap dalam sindiket pemerdagangan manusia dan diselamatkan polis pada malam Selasa. Kedua-dua gadis yang masih bersekolah dan berasal dari Kota Belud itu kini di bawah jagaan polis sehingga siasatan selesai. Pemangku Ketua Polis Kota Kinabalu, Deputi Superitendan Peter Anak Umbuas berkata, susulan itu seorang lelaki berjaya ditahan selepas anggota polis bergegas ke lokasi kejadian hasil maklumat daripada Bernama. "Lelaki ini masih ditahan untuk siasatan sama ada suspek terlibat seperti yang didakwa kedua-dua mangsa,” katanya ketika mengesahkan kes berkenaan kepada Bernama. Kejadian kira-kira jam 10 malam itu menimbulkan keadaan panik di lokasi berkenaan di Jalan Bandaran di sini. Difahamkan kejadian itu bermula apabila seorang wanita yang tinggal di lot bangunan di Bandaran Berjaya di sini terkejut apabila kediamannya yang ketika itu tidak berkunci dimasuki dua gadis berkenaan dalam keadaan cemas. "Selepas saya bertanya tujuan mereka masuk ke rumah saya, mangsa beritahu ’mereka mungkin akan dijual’ oleh tiga lelaki,” kata wanita itu yang enggan dikenali. Katanya, mangsa berjaya melarikan diri selepas berpura-pura mahu membeli barang di kedai 7-eleven dan terus menyusuri bangunan kediaman itu untuk meminta bantuan. Wanita itu berkata, kedua-dua mangsa baru tiba dari Kota Belud mengikuti seorang lelaki yang didakwa sebagai bapa angkat. "Ketika berada di sebuah kedai makan berdekatan rumah saya, kedua-dua gadis ini terdengar perbualan ketiga-tiga lelaki berkenaan yang mereka ini akan dijual, menyebabkan mangsa berusaha untuk melarikan diri sehinggalah mereka menyelinap masuk ke rumah saya. Syukurlah mereka selamat,” katanya.KOSMO!
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 11:49:39 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015