Dua tiga hari ni wall aku asyik penuh ngan citer sekolah Sri - TopicsExpress



          

Dua tiga hari ni wall aku asyik penuh ngan citer sekolah Sri Pristana. Apalah di aorg ni. Isu kecil pun nak kecoh sampai kesudah. Kan senang kalau gurubesar tu minta maaf dan mengambil langkah seterusnya utk memperbaiki keadaan. Gurubesar/Pendidik generasi akan datang...sepatutnya lebih arif menangani masalah ni secara diplomasi. Saya amat menyanjungi niat gurubesar tersebut kerana beliau ingin melakukan yg terbaik (pada pandangan beliau) ...cuma perlaksanaannya tersasar sedikit. Sehingga menimbulkan isu perkauman...dan dicampuradukkan dengan politik. Idea beliau memang bagus TETAPI .. beliau seharusnya melakukan sedikit pengubahsuaian kepada "bilik persalinan" tersebut supaya nampak lebih berketerampilan. Sebaliknya beliau mengambil langkah yang salah seolah olah mencabar ibubapa murid dengan mengadakan majlis Iftar didalam bilik tersebut. Ini seolah olah seperti drama yg ingin "menegakkan benang yang basah". Menggambarkan seolah olah tempat tersebut amat "bersih" dan "suci" sehingga boleh menganjurkan majlis yg berkaitan dengan agama. Maaf ye... ada seorang KAWAN SAYA yang marah sehingga menyarankan supaya mereka anjurkan juga solat terawih dan tadarus di situ. Bukankah keadaan ini menjadi lebih parah? Dan hari ini anak perempuan beliau pula menulis di media supaya bapa beliau di beri peluang kedua dan mempertahankan pendirian bapa beliau. Sampai bila kes ni nak berlarutan? Kenapa Kementerian juga turut serta dalam rally ini mengeruhkan keadaan? Apakah Menteri Pendidikan kita ni pun dah kurang kewarasan dan tak tahu nak mengatasi masalah yg kecil ni? Sedih memikirkan semua ni berkelakuan seperti tidak bertamadun.
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 13:34:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015