ECPI DI FITNAH Assalamualaikum dan selamat sejahtera; Kami - TopicsExpress



          

ECPI DI FITNAH Assalamualaikum dan selamat sejahtera; Kami adalah orang yang terlibat secara langsung di dalam penubuhan serta pemasaran produk berjenama ECPI. Beragama Islam dan berpegang teguh kepada Quran dan Hadis Nabi Muhammad S.A.W serta berfahaman Ahlus Sunnah Wal Jamaah. terpanggil untuk membuat penjelasan berkaitan dengan ECPI di dalam “POST” oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab MENYEBARKAN FITNAH. Apa yang menyedihkan kami mereka ini sanggup menjatuhkan hukum tanpa bukti yang jelas dan nyata serta yang pastinya ini adalah perkara yang amat ditegah oleh agama islam mahu pun agama-agama lain. Perkara ini melahirkan persepsi negatif melalui pandangan orang bukan Islam terhadap akhlak yang ditunjukkan oleh orang islam di Malaysia atau adakah individu-individu ini merupakan musuh yang berniat menjatuhkan imej Islam?. Firman ALLAH yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kamu daripada sangkaan (iaitu sangkaan membawa kerosakan) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa…” (Surah al-Hujurat: 12) Di sini kami ingin mengambil kesempatan untuk menjawab dakwaan yang dibuat didalam blog, Facebook dan sebagainya? 1. Menjatuhkan hukum berdasarkan cerita-cerita orang atau khabar angin dari mulut ke mulut ?Islam tidak pernah mengajar perkara yang sedemikian sejak dari zaman Nabi Muhammad S.A.W lagi.setiap hukuman wajib besertakan dengan bukti yang kukuh dan bersaksi. 2. Kami pernah dipanggil oleh penguatkuasa KPDNKK berkaitan harga disebabkan aduan pesaing bukan Muslim. Kini terdapat banyak air minuman keluaran bukan Muslim yang dijual pada harga yang jauh lebih tinggi. Sehingga kini tiada sebarang aduan dan sebarang persoalan yang dibangkitkan. 3. Kementerian Kesihatan juga pernah mendakwa ECPI dimahkamah disebabkan aduan oleh pesaing bukan muslim (hakim gugurkan kes). Kami tidak risaukan persaingan dari bangsa lain TETAPI sangat bimbang dengan FITNAH dari BANGSA dan AGAMA sendiri. 4. Ramai kalangan individu yang menerima pandangan blogger yang tidak bertanggungjawab, tiada maruah, orang yang menjadikan caci hamun untuk menarik perhatian orang ramai SEBAGAI RUJUKAN. Bukankah Islam mengajar kita mengenali sifat-sifat orang-orang musyrik. Jika tidak tahu boleh rujuk terus kepada pihak kami. 5. Kami bersedia tunjukkan kajian saintifik yang telah dibuat dan dibentangkan diperingkat antarabangsa. Sangat memalukan dari aspek keintelektualan, jika saintifik hanya dirujuk kepada apa yang telah dilakukan orang-orang “barat” sahaja seperti pandangan blogger tersebut atau ada individu-individu menganggap “blogger” yang tiada maruah itu sama tarafnya seperti Nabi yang bersifat maksum. 6. Membandingkan air ECPI dengan “AIR JAMBAN” adalah suatu penghinaan dan ia dilarang keras oleh mana-mana agama sekali pun. Dalam tempoh 12 tahun dipasarkan, jutaan pengguna telah menikmati FAEDAHNYA. Dengan izin ALLAH S.W.T,telah banyak kesensaraan yang dapat ditangani. Alhamdulillah kami dapat melihat banyak air mata kesyukuran mengalir setelah mereka bebas dari ancaman kesengsaraan. 7. Adakah layak mengaku “Islam” bagi individu yang menjadikan penghinaan “blogger” yang tidak bermaruah ini sebagai bukti pertuduhan?. Hanya orang yang tiada beragama sahaja melakukanya kerana setiap agama melarang sebarang pertuduhan tanpa bukti. Persoalannya siapakah sebenarnya individu yang berada di sebalik “blogger” yang tidak bertanggungjawab ini ? Dan apakah motifnya ? 8. ECPI dituduh sebarkan SYIAH. Mari kita berfikir secara rasional, Jika ECPI menyebarkan SYIAH berapa ramaikah daripada 155,000 ahli ECPI telah bertukar fahaman?. Buktikan, dimana dan bila. 9. Negara kita mempunyai undang-undang. JAKIM, JAWI, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan beberapa jabatan lain telah menyiasat dakwaan ini dan tiada sebarang bukti dan kesalahan yang direkodkan. Orang ramai diminta berhati-hati terhadap FITNAH ini. Hubungilah pihak kami jika mahukan penjelasan yang lebih tepat. 10. Kita diajar untuk merujuk kepada golongan ulamak jika ada perkara yang tidak sahih kepastiannya terhadap sesuatu isu. Kita juga diajar menghormati ahli agama yang ikhlas dalam mengembangkan agama Islam khususnya. Tetapi sebaliknya ada kalangan ustaz-ustaz yang menjadikan ECPI sebagai “KAMBING HITAM” dalam meningkat popularity mereka. Mereka juga bertindak menyalahkan pihak berkuasa yang bertentangan dari pandangannya. Jika beliau penyokong pembangkang, bandingkan akhlaknya dengan Tuan Guru Presiden PAS atau Ustaz Azhar Idrus di dalam menyatakan isu ini. “Nak kata lebih-lebih, nanti orang kata kita pula”. Nilailah sendiri dan yang pastinya golongan ustaz juga adalah insan biasa yang tidak terlepas dari dugaan dan nafsu dunia. 11. Tahukah anda, berapa banyak surau, masjid, jalanraya, lampu jalan, rumah anak yatim, rumah orang misikin dan ibu tunggal, pesakit yang tiada kemampuan yang TELAH mendapat bantuan daripada ECPI?. Kami rasa tidak perlu untuk kami hebahkannya dan percaya “mungkin” disebabkan itu, tiada kalangan ustaz-ustaz ,blogger atau “pendakwah facebook”yang berminat untuk memperkatakannya. 12. Tahukah anda, hasil daripada FITNAH ini juga boleh menjejaskan ribuan peniaga Melayu Muslim yang terlibat di dalam perniagaan bersama ECPI?. 13. Kami tidak menafikan bahawa ECPI ada mengiklankan produk di dalam risalah KEMPEN AMMAN MASSAGE dan pembebasan AL QUD. Kempen tersebut mengajak kepada perpaduan Islam yang telah ditandatangani oleh beberapa pemimpin-pemimpin negara kita. Perbezaan pendapat dan fahaman dikalangan ahli agama di dalam negara kita bukanlah perkara baru dan banyak didedahkan di dalam “You tube”. “Apa sudah jadi pada pertimbangan kita?”, usaha mengwujudkan perpaduan dihukum dengan pelbagai FITNAH. Kami amat berharap agar pihak kerajaan dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera bagi mengelak pihak yang berkepentingan mengambil kesempatan terhadap isu ini. 14. Kami juga merasa amat terkejut apabila mendapati individu-individu yang tidak bertanggungjawab ini sebenarnya merupakan individu yang menggunakan agama untuk menarik sokongan (LIKE) bertujuan untuk kepentingan peribadi. Akhir kata kami menyarankan kepada individu-individu yang sebangsa dan seagama, agar bersama memerangi gejala FITNAH kerana sesungguhnya azab ALLAH itu amat pedih. Marilah kita bersatu mewujudkan PERPADUAN sesama insan TANPA niat dengki,khianat dan menjatuhkan orang lain untuk kepentingan diri sendiri bagi memastikan ISLAM menjadi satu agama yang bermaruah ,dihormati serta menjadi ikutan kepada semua insan di dunia ini..wallahualam. Yang pastinya “ECPI BUKAN PENYEBAR DAN TIDAK MEMBIAYAI SYIAH DI MALAYSIA” COPY PASTE dari HQ ECPI .
Posted on: Sat, 17 Aug 2013 08:38:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015