EKONOMI Kajian kos, faedah TPP siap November 2013/08/28 Kerajaan - TopicsExpress



          

EKONOMI Kajian kos, faedah TPP siap November 2013/08/28 Kerajaan menjangkakan menyiapkan kajian kos dan faedah Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPP) terhadap kepentingan negara dan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sama ada pada Oktober atau November ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata hasil kajian itu nanti akan diumumkan kepada orang ramai. Beliau berkata, kajian itu amat penting kerana ia akan menjadi panduan untuk kerajaan sama ada menerima atau menolak keanggotaan TPP. “Kerajaan sedang melaksanakan dua kajian kos faedah, iaitu satunya mengenai kesan TPP kepada kepentingan negara dan yang kedua pula terhadap PKS. “Kementerian jangkakan kedua-dua kajian berkenaan akan siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang dan hasil kajian itu tidak akan dirahsiakan daripada umum dan akan didedahkan kepada orang ramai bagi manfaat semua pihak. “Dua kajian itu akan menjadi panduan kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada akan menyertai TPP atau sebaliknya,” katanya kepada media pada majlis rumah terbuka Hari Raya MITI di Kuala Lumpur semalam. Tak terikat sebarang jadual Mustapa sekali lagi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan terikat dengan sebarang jadual pelaksanaan yang ditetapkan Amerika Syarikat (AS) dalam memuktamadkan rundingan TPP itu meskipun wakil Perdagangannya, Mike Froman, pada Jumaat lalu mengulangi pendirian ekonomi terbesar dunia itu mahu semua 12 negara yang terbabit, memuktamadkan rundingan berkenaan menjelang akhir tahun ini. “Malaysia sudah nyatakan (kepada AS) bahawa kami tidak akan terikat dengan sebarang tempoh masa. Kami (Malaysia) tidak mahu tergesagesa dan akan memutuskan (sama ada untuk menyertai atau tidak) setelah kami benar-benar yakin TPP tidak merugikan negara,” katanya sambil menambah bahawa kepentingan rakyat, PKS dan kedaulatan negara adalah keutamaan kerajaan dalam rundingan TPP. Mustapa turut menegaskan bahawa kerajaan bersedia menerima sebarang pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak berhubung TPP. Sebelum ini, kerajaan sudah mengkaji hasil laporan yang diperoleh daripada Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan hasil analisis itu telah diteliti dengan mengambil kira beberapa aspek termasuk kesannya terhadap pengusaha PKS. Babit 12 negara TPP membabitkan 12 negara, iaitu Malaysia, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam. Sasaran akhir TPP adalah menubuhkan sebuah kawasan perdagangan bebas di Asia Pasifik yang mana ia bukan saja dari segi aktiviti ekonomi tetapi juga peluang melabur di 12 negara anggota TPP. Dengan menganggotai TPP, negara anggotanya akan mendapat layanan lebih baik daripada negara ahlinya, selain mendapat perlindungan pelaburan daripada syarat yang dipersetujui.BH
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 04:31:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015