Enam pengendali gerai bazar Ramadan bakal dikenakan tindakan - TopicsExpress



          

Enam pengendali gerai bazar Ramadan bakal dikenakan tindakan mahkamah 31/07/2013 * KLANG - Enam pengendali gerai bazar Ramadan di Selangor bakal dikenakan tindakan undang-undang kerana gagal mematuhi tahap kebersihan ditetapkan. Timbalan Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Jabatan Kesihatan Selangor, Dr. Zainudin Abdul Wahab berkata, pihaknya telahpun memeriksa sebanyak 1,720 bazar Ramadan dengan mengambil 96 sampel makanan sehingga kini. "Sehingga kini, enam pengendali gerai dikesan tidak mematuhi piawaian mikroorganisme dalam peraturan makanan,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemeriksaan dan penutupan premis makanan Jabatan Kesihatan Selangor di sini hari ini. Zainudin berkata, pemantauan dan pemeriksaan berterusan akan dijalankan di setiap bazar Ramadan di negeri ini bagi memastikan setiap makanan dan minuman yang dijual menepati piawaian kebersihan. Sementara itu, beliau berkata sebanyak 269 dari 4,715 premis makanan yang diperiksa bermula awal tahun ini hingga Jun ini di Selangor diarah ditutup oleh Jabatan Kesihatan negeri kerana didapati tahap kebersihan yang rendah. - Bernama KOSMO!
Posted on: Wed, 31 Jul 2013 15:35:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015