Fakta mengenai LELAKI yang perlu WANITA ketahui ~ Sebenarnya - TopicsExpress



          

Fakta mengenai LELAKI yang perlu WANITA ketahui ~ Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. Sebab itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda terlihat mempesona. ~ Lelaki sangat benci dikhianati. Walau luaran mereka egois, keras, dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah. ~ Ketika saat ini dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. Hal ini adalah wajar, tetapi bukan berarti anda tidak pernah ada di hatinya. ~ Jika dia mengatakan “Ya, memang aku tidak memahami kamu,” itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. Bukan bererti tak boleh bersatu, tetapi saling mencuba untuk memahami satu sama lain. ~ Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah,ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. Dan percayalah, mereka suka senyum-senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini. ~ Jika anda berkata tidak, yang ada di dalam fikiran lelaki adalah “Akan aku cuba lagi”. Masihkah anda ingat saat dia meminta anda menjadi kekasihnya dulu-dulu?. ~ Jika seorang lelaki dengan sungguh-sungguh mengatakan bahawa anda adalah satu-satunya orang yang dicintainya, percayalah, perkataannya tulus dari dalam hati. ~ Walau kadang-kadang mereka kelihatan selekeh, tetapi pada dasarnya lelaki suka kebersihan,bau wangi, dan keindahan. ~ Lelaki lebih menyukai wanita yang cerdas, berbanding wanita yang hanya tahu tentang make up dan mini skirt. ~ Fantasi lelaki tentang wanita adalah satu-satunya fantasi yang tidak mungkin dibatasi. Sekalipun mereka telah memiliki pasangan dan keluarga.
Posted on: Mon, 02 Sep 2013 13:11:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015