#FaktaMingguan : Ajaran Sesat Contoh ajaran sesat di Malaysia - TopicsExpress



          

#FaktaMingguan : Ajaran Sesat Contoh ajaran sesat di Malaysia yang telah dikenalpasti oleh Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri: 1. Agama Bahai -- Diasaskan oleh Mirza Husain Ali bin Mirza Abbas Buzurq al-Mazandarani al-Nuri yang lahir di Tehran, Iran pada 1817 Masihi. Mirza Husain telah mengisytiharkan dirinya sebagai Mazharullah atau limpahan Tuhan. Beliau pernah menghasilkan kitab bagi agamanya yang dikenali sebagai Al-Bayan dan seterusnya mendakwa dirinya sebagai Bahaullah iaitu Tuhan wujud dalam dirinya di alam nyata ini. Beliau mendakwa dirinya paling sempurna dan Tuhan yang mesti diyakini dan disembah. Golongan Bahai juga menolak bahawa nabi Muhammad s.a.w. sebagai Rasul terakhir. Kerajaan Iran telah mengharamkan ajaran Bahai sejak tahun 1850 Masihi dan Majli Fatwa Agama Islam Azhar telah menyatakan bahawa Bahai merupakan satu aliran yang batil dan bukan daripada ajaran agama Islam. Mereka yang mengikut ajaran ini dikira telah murtad atau terkeluar dari agama Islam. Di Malaysia, ajaran Bahai didapati telah bergerak secara sulit semenjak zaman penjajahan Inggeris lagi. Pada tahun 1967, mereka mula bergerak dengan menggunakan pertubuhan yang berdaftar iaitu The National Assembly of Bahais of Malaysia. (Sumber: Siti Norbaya Binti Abd. Kadir (2002). Ajaran sesat: sejarah kemunculan dan ciri-cirinya) #PJTI #UPNM
Posted on: Tue, 19 Nov 2013 00:11:52 +0000

Trending Topics




© 2015