Fenomena rompakan duit syarikat. Tidak terhad kepada syarikat - TopicsExpress



          

Fenomena rompakan duit syarikat. Tidak terhad kepada syarikat kecil dan enterprise, malah berlaku juga kepada syarikat besar dan Sdn Bhd. Apatah lagi pemilik saham suami isteri, dan isteri hanya nominal. Asas kepada syarikat, ialah musyarakah. Ada beberapa pihak bersama dalam satu kegiatan. Minimum ada 2 pemilik saham. Jika kita menguruskan satu Sdn Bhd dengan gaya kepala sendiri tanpa mahu bersyarikat, boleh jadi kita tidak memisahkan entiti individu dan syarikat. Maka lahirlah fenomena mencuri duit syarikat untuk kegunaan personal. Ia boleh berlaku kerana beliau tidak dipantau oleh orang lain. Cek pun hanya beliau seorang yang sign. Tambah kalut jika individu begini kurang ilmu pengurusan kewangan syarikat. Syarikat Sdn Bhd tidak sewenangnya keluar masuk duit itu dilakukan. Wajib diaudit dan akaun perlu lengkap. Itu satu kesilapan fatal. Jika pengurusan kewangan syarikat dicabul pemilik syarikat, sudah pasti syarikat tersebut tidak akan bertahan lama dan pekerja pun akan hilang kepercayaan. Sikap tidak menguruskan akaun dan kewangan yang tidak tersusun ini memungkinkan kejadian alhamdulillah duit sentiasa ada walaupun tak buat kira kira. Sebenarnya tiada magik berlaku. Kesannya hanya dapat dilihat di akhir nanti. Islam dibina atas iman dan realiti. Punca rezeki dari Allah, itu benar dan menguruskan rezeki perlu dengan ilmu, bukan magik.
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 03:48:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015