HIDANGAN DI PAGI RAMADHAN. Kelmarin 5 Ogos menaiki flight Air Asia - TopicsExpress



          

HIDANGAN DI PAGI RAMADHAN. Kelmarin 5 Ogos menaiki flight Air Asia balik k Sandakan Sabah 6.25am-9am. Mengejutkan bila anak2 kapal menghidangkan makanan kpd penumpang tak kira muslim atau non muslim. Siap bertanya kpd saya nak minum apa. Terkesima langsung tak terjawab. Jam 17.25pm pula hari yg sama menaiki pesawat MAS Wing dari Sandakan ke Tawau...hampir jam 18.00pm (blm waktu bbuka) lagi sekali anak2 kapal menyajikan minuman yg dihulurkan kpd semua penumpang. Tiba kpd saya dan mama...pramugari senyum sambil bertanya jus oren atau epal cik....kali ini saya dah sedia mjawab...bukankah ini bulan Ramadhan dan semua ummat Islam wajib berpuasa...semacam terkejut dan termalu pramugari terus beredar. Masih byk nk cakap tapi menahan diri. Namun di benak rasa berontak. Penguasa kini nyata masih buta mata dan buta hati melihat realiti ini. Ini baru secebis realiti di sebalik Hidup Melayu dan Hidup Islam versi mereka!
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 21:57:47 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015