Hakikatnya golongan mahasiswa itu hanya persen yang kecil sahaja - TopicsExpress



          

Hakikatnya golongan mahasiswa itu hanya persen yang kecil sahaja jika dibandingkan dengan keseluruhan rakyat Malaysia. Maka kepentingan melahirkan golongan mufakkir yang menjulang keilmuan secara kritis merupakan satu keperluan mendesak pada ketika ini. Cukuplah dengan slogan dan objektif membina amilin yang tak sudah-sudah. Mahasiswa tak patut diturun-tarafkan, malah perlu progresif ke hadapan. Usah terjerat dengan kencah politik luar yang menyesakkan, yang mana sentimen menjadi norma berbanding ilmu. Bukankah Taubah ayat 122 sudah menunjukkan pedoman buat kita, wahai kaum yang mahu berfikir?
Posted on: Wed, 18 Sep 2013 17:02:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015