Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa Diantara hari-hari - TopicsExpress



          

Hari-Hari yang Sunat, Haram dan Makruh Puasa Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut: 1. Puasa enam dalam bulan Syawal (Sehari selepas 1 Syawal) ~ Seperti puasa selama setahun 2. Puasa awal bulan Zulhijjah ~ 1 – 8 Zulhijjah. 3. Puasa pada hari Arafah ~ 9 Zulhijjah ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya 4. Puasa pada bulan Muharram ~ Setiap sehari mendapat pahala 30 hari 5. Puasa pada hari Tasu’a ~ 9 Muharram 6. Puasa pada Hari Asyura ~ 10 Muharram ~ Menghapuskan dosa setahun yang lalu ~ Hendaklah dikerjakan selama dua hari sama ada sehari sebelum atau sehari selepas. ~ Lebih afdal dilakukan selama 3 hari berturut (9, 10 dan 11 Muharram) 7. Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa. 8. Puasa dalam bulan Sya’ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya’ban ~ Bulan diangkat amalan kepada Tuhan 9. Puasa pada hari Isnin dan Khamis. 10. Puasa tiga hari setiap pertengahan bulan Islam ~ 13,14 & 15 11. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat ~ Allah membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka ~ Jika diikuti dengan derma pada hari Jumaat, diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa Diantara hari-hari yang diharamkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut: Puasa pada hari syak ~ 30 Sya’ban Puasa pada 1 Syawal (Hari Raya Aidilfitri) Puasa pada 10 Zulhijjah (Hari Raya Aidiladha) Puasa pada hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) Selepas 15 Sya’ban (Kecuali bagi puasa Qadha dan nazar) Diantara hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut: Puasa pada hari ‘arafah bagi orang yang mengerjakan haji Puasa pada hari sabtu sahaja (ditunggalkan) Puasa pada hari jumaat sahaja (ditunggalkan) Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 18:30:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015