Hari ini masih ada perlawanan yang mana para pemain bolasepak kita - TopicsExpress



          

Hari ini masih ada perlawanan yang mana para pemain bolasepak kita memerlukan fokus yang penting kerana pasukan Harimau Selatan telah dinobat secara tidak rasmi sebagai pasukan yang seharusnya menang oleh setiap peminat bolasepak atas kapasiti berstatus bintang. Dan sekiranya berjaya ditewaskan, pastinya satu bonus buat pasukan lawan yang mana seperti pernah dititahkan oleh Presiden kita yang mereka akan bermain bersungguh-sungguh demi menewaskan pasukan kita. Ayuh penyokong sekalian, mungkin pesanan tidak langsung anda disini bakal dibaca atau disampaikan kepada para pemain bolasepak kita samada pasukan JDT mahupun JDT II. Berikanlah kata-kata azimat yang bakal menjadi pemangkin semangat kepada mereka agar terus berusaha demi mencapai sebuah kemenangan. Pedulikanlah kata-kata berunsur provokasi dari penyokong pasukan lawan kerana mental yang kuat pastinya membentuk kekuatan sokongan yang berterusan. Mana-mana pemain sekalipun pasti mahukan kemenangan berpihak kepada mereka, tetapi yang lebih penting pastinya sokongan moral dari penyokong setia. MENANG DISANJUNG TEWAS TETAP DISOKONG
Posted on: Fri, 07 Feb 2014 00:07:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015