Hari ini mendengar kuliah yang begitu padu oleh Al-Fadhil Doc Imad - TopicsExpress



          

Hari ini mendengar kuliah yang begitu padu oleh Al-Fadhil Doc Imad Khosowanah tentang Qososul Quran. Diceritakan tentang kisah Nabi Adam berdasarkan apa yang diceritakan Al-Quran. Sesungguhnya kisah Nabi Adam adalah kisah fitrah insaniah. Setiap perkara yang dinyatakan semuanya merujuk kepada fitrah insaniah. Diceritakan tentang kisah penciptaan Adam. Diceritakan tentang kehidupan Adam. Diceritakan tentang usaha Iblis untuk mengeluarkannya daripada syurga. Sesungguhnya kisah-kisah di dalam Al-Quran adalah realiti berlaku dan bukannya khayalan semata-mata. Ramai mana manusia mengulangi setiap peristiwa,mendabik dada bahawa dia lah terbaik seperti mana Iblis mengatakan api lebih baik dari tanah. ~Rindu kepada Doc Hamad Hamid terubat dengan kedatangan Doc Imad Khosowanah ya ikhwan~
Posted on: Tue, 08 Oct 2013 08:55:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015