Hari ni kejadian tembak menembak dan membunuh seolah olah sudah - TopicsExpress



          

Hari ni kejadian tembak menembak dan membunuh seolah olah sudah menjadi budaya dalam episod yg tiada kesudahan. Menjadi Mimpi ngeri dan ketakutan Rakyat Malaysia lebih2 lagi yg bertugas sebagai penguatkuasa. Adakah Malaysia masih Aman?? Hari ni di Indera Mahkota, penguatkuasa JAIP Allahyarham Ust Rafli ditembak dan dibunuh di rumahnya. Pelbagai desas desus yg mengatakan pembunuh tersebut adalah terdiri drp golongan Syiah berdasarkan kopiah dan janggut tambahan pula Arwah sedang menjalankan siasatan terhadap kes Syiah dan Tuhan Harun. Jika ada ISA sudah pastinya siasatan tu lebih mudah dijalankan dan sesekali tidak akan membahayakan nyawa penguatkuasa yg menjalankan tugas. Inilah juga akibatnya segelintir pihak yg memperkecilkan dan mempersoalkan peranan polis. Oleh yang demikian episod pembunuhan tembak menembak ini wajib ditangani habis-habisan. Justeru itu ISA wajib dikembalikan dan sokongan penuh rakyat Malaysia terhadap PDRM dalam membanteras jenayah dan keselamatan negara disokong sepenuhnya. Muhammad Faiz Hashim Ketua Pemuda UMNO Indera Mahkota
Posted on: Sun, 10 Nov 2013 14:05:36 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015