~Hari - TopicsExpress



          

~Hari Kebangkitan~ بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم Dan mereka berkata: Adakah sesudah kita menjadi tulang dan benda yang reput, adakah kita akan dibangkitkan semula dengan kejadian yang baharu? (Al-Israa 17:49) Katakanlah (wahai Muhammad): Jadilah kamu batu atau besi - (Al-Israa 17:50) Atau lain-lain makhluk yang terlintas di hati kamu sukar hidupnya, (maka Allah berkuasa menghidupkannya)! Mereka pula akan bertanya: Siapakah yang akan mengembalikan kita hidup semula? Katakanlah: Ialah Allah yang menjadikan kamu pada mulanya! Maka mereka akan menganggukkan kepala mereka kepadamu sambil bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (Al-Israa 17:51) (Ingatlah akan) hari Ia menyeru kamu lalu kamu menyahut sambil memuji kekuasaanNya, dan kamu menyangka, bahawa kamu tinggal (dalam kubur) hanya sebentar. (Al-Israa 17:52)
Posted on: Sun, 24 Nov 2013 06:56:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015