Hati tersentuh bila baca entri dr blog mamamunie.wordpress. - TopicsExpress



          

Hati tersentuh bila baca entri dr blog mamamunie.wordpress. menitis air mata. Utk para ibu bapa pls alert dgn sebarabg perubahan anak. Jgn ambil sambil lewa. Di sini Needa sharekan kisah yg menyentuh ati utk pagajaran kita semua. Assalamualaikum semua…….OK, pertama sekali saya nak minta maaf kat semua readers saya sebab saya lama tak update blog. sebabnya ialah anak saya Luqman demam selama sebulan dan saya hanya tumpukan sepenuh perhatian saya pada dia. Di entri kali ni saya nak bercerita tentang apa yang menimpa Luqman sampai dia kritikal. yes..kritikal… saya hampir kehilangan dia.26 Mac 2013Luqman tengah main lompat2 kat atas katil sambil usik mama. tiba2 mama nampak Luqman baring. mama ingat Luqman mengantuk dan dah letih main so mama buat susu untuk Luqman. Masa suap susu mama cium Luqman. Oh hangatnya!!! Luqman demam sayang… Mama ambil termometer dan sukat suhu badan Luqman. 39.6. Mama cepat2 lap Luqman dengan air. pastu mama bagi ubat. Alhamdulillah panas sayang mama dah turun.27 Mac 201309.00amEntah kenapa mama rasa tak sedap hati walaupun badan Luqman dah tak panas. Bibir Luqman kering n nampak tompok2 biru. Oh kurang air ni…kata hati mama. Mama kena pergi kerja jugak ni sebab banyak sangat kerja kat ofis belum selesai. (kesilapan mama yang paling besar ialah pergi kerja jugak). Mama pesan dengan papa supaya bagi Luqman minum air banyak.12.00pmPapa Luqman call cakap nafas Luqman bunyi…Mama cakap Luqman asthma la tu. bagi Luqman neb. Ibu saudara Luqman aka kakak mama pun call. dia suruh mama balik tengok Luqman sebab badan Luqman terlampau panas. Mama cakap ok xpe. jelum dulu. memang biasa Luqman demam macam ni kalau nak tumbuh gigi atau asthma.03.00pmPapa call lagi cakap nafas Luqman bunyi teruk sangat. Hmm..lagi 3 jam nak balik. Mama cakap ok. balik nanti terus bawa Luqman ke sebuah hospital swasta yang Luqman memang biasa pergi.Dalam hati cakap,mesti kena admit ward ni. so mama settle semua kerja mama.06.00pmMama tengok Luqman terbaring lemah. Nafas Luqman bukan bunyi penat! bunyi macam orang tua berdengkur! Kuat sangat2! Mama peluk Luqman. tiba-tiba Luqman muntah. Mama tak sangka seteruk ni keadaan Luqman. Mama menangis. mama cakap dengan nani, mama menyesal tak balik awal tadi. Mama dan papa terus bawa Luqman ke hoapital swasta ni. kat emergency unit.Masa ni Luqman dok batuk. bunyi batuk tu KONG KONG KONG. yes..bukan bunyi macam penat TAPI doktor cakap penat sikit je. balik makan ubat.08.00pm.Mama bagi Luqman makan ubat. Mama nampak Luqman macam susah sangat2 nak bernafas. Mama terlalu risau. Mama cakap dengan papa, jom bawa Luqman ke hospital kerajaan (Hospital Sultanah Bahiyah). terus kami bertiga pergi. Sampai je kat hospital, misi kat kecemasan tanya, kenapa puan..Mama cakap anak saya asthma. Misi selak tengok dada Luqman. Misi terus cakap, puan sila ikut saya. Misi tu berlari. Mama pun berlari sambil dukung Luqman. Mama blurr masa tu. Eh kenapa aku lari nih?? Rupanya Luqman dibawa masuk ke RED ZONE. Siren dibunyikan 3x menandakan ada kecemasan. Doktor semua bergegas pegang Luqman. Puan sila tunggu di depan.anak puan tak boleh bernafas,dia kritikal, kata doktor. Allahu Akbar…Subhanallah..Anakku sayang..Mama menangis dan terduduk. Ya Allah..sembuhkanlah anakku…aku tak bersedia untuk kehilangan anakku Ya Allah…Aku hambaMu yang lemah.Masa angin meniup kain tirai yang lindung katil Luqman, mama nampak Luqman terbaring ada seorang doktor duduk atas katil bersama Luqman sambil peluk Luqman. sorang doktor dok bagi Luqman sedut sesuatu. Sorang lagi dok ambil darah n cucuk ubat masuk kat Luqman. Luqman tak menangis langsung. mungkin Luqman dah terlalu letih dan penat seharian menahan sakit.Kasihanilah anakku Ya Allah..berilah kesihatan kepadanya.28 Mac 201301.00amDoktor panggil mama dan papa. Doktor cakap Luqman bukan kena serangan asthma. sebaliknya serangan virus kat saluran pernafasan yang membuatkan saluran tu bengkak dan menutup laluan oksigen untuk masuk. Nama penyakit ni ialah Viral Croup. Doktor cakap nasib baik puan datang lebih awal, kalau lewat sedikit mungkin dia tidak dapat diselamatkan. Masa ni mama peluk Luqman kuat2. Mama tak sanggup kehilangan anak mama. Doktor nak pantau bacaan oksigen dalam darah Luqman. kalau semakin baik, Luqman boleh masuk wad biasa. kalau semakin buruk, Luqman kena masuk ICU.05.00amMama renung wajah Luqman. Luqman tidur dalam pelukan mama. Wajah luqman suci bersih mama rasa sebak sangat. Bibir Luqman dah nampak pink sikit. muka pun dah glowing, tak pucat macam siang tadi. Doktor datang ambil darah. tak lama lepas tu doktor bagitau bacaan dah semakin baik. Syukur pada Allah. Luqman dimasukkan ke wad biasa. dan masih kena sedut oksigen melalui mesin bantuan pernafasan. 06.00pm.Seharian duduk di wad, Luqman menangis dan meragam sebab wad pun sesak dan mungkin Luqman rindukan adiknya. Bila Luqman menangis, pernafasan pun mula nak terganggu. Doktor cakap boleh balik sebab doktor taknak dia trauma dan fobia dengan hospital dan dia perlukan rehat secukupnya. Tapi mama kena pantau Luqman di rumah. dan doktor pesan demam mungkin berlarutan dan berterusan sebelum virus tu say goodbye sepenuhnya!Mama ambil cuti untuk jaga dan pantau Luqman kat rumah. Malam mama tak boleh tidur lena sebab takut berlaku sesuatu. Sampai sekarang pun mama masih trauma dengan kejadian Viral Croup ni.Begitulah kisahnya pengalaman saya dengan virus yang jahat. Dan saya bersyukur kerana Allah selamatkan anak saya yang kuat tu! Setiap dugaan yang Allah beri mesti ada hikmahnya. Hikmah kejadian ni ialah saya menjadi mommy yang lebih alert dan sensitive. apa je perubahan kat anak, jangan sesekali fikir positif. yang kedua ialah dapatkan rawatan di hospital kerajaan jika kes kecemasan. jangan terlalu mempercayai kata seorang doktor.silap saya ialah percaya kat doktor swasta tu walhal misi hospital kerajaan pun lebih bijak dari doktor tersebut. refer to many doctor as u can. Hikmah yang ketiga ialah saya lebih menghargai anak2 saya. jika sebelum ni saya selalu marah kalau Luqman nakal. tapi masa dia sakit baru saya sedar yang sebenarnya nakal tu la yang saya rindu sangat sangat! Setiap saat yang ada, saya habiskan dengan melihat puas2 wajah suci anak2 saya dan peluk cium mereka sepuasnya. Terima kasih Allah memberiku dugaan untuk mnyedarkan aku dari kealpaan. Alhamdulillah anakku selamat.***Mengalir air mataku tanpa henti membaca entri whitevincci.blogspot yang kehilangan anaknya akibat serangan virus di semua organ dalaman. To Erina, tabahkanlah hati. Allah lebih menyanyangi Aqil. Di syurga pasti dia menanti papa dan mamanya. Dunia hanya sementara. Aqil menunggu anda berdua di akhirat yang kekal abadi. Nota : moga kita para ibu bapa sentiasa perihatin & jgn memandang remeh kesihatan anak2. Kkdng mmng npk sakit tu sakit biasa tp dlman kita tatau cmne. So pls pls pls be alert.
Posted on: Tue, 03 Dec 2013 09:49:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015