Hebatnya negara Mesir kerana disana terdapat Musa, musuhnya adalah - TopicsExpress



          

Hebatnya negara Mesir kerana disana terdapat Musa, musuhnya adalah Firaun. Kedua duanya disebut didalam al-quran dan kitab suci. Hebatnya negara Mesir kerana disana adanya Al Azhar Al- Syarif, juga terdapat Piramid Giza. Kedua duanya suka dilawati manusia dari seluruh dunia. Hebatnya negara Mesir kerana disana ada kebahagiaan buat yang mencari kedamaian, tetapi juga keseronokan buat sang pencari kehancuran. Mesir, sebuah negara yang dekat dihati kita. Negara yang mempunyai kisah yang sangat hebat dalam sejarah penciptaan manusia sejak berabad sebelum masihi. Ia pernah melalui jalan jalan yang sangat manis sepanjang perjalanan pemerintahan khilafah. Ia juga pernah mengalami sejarah yag sangat pahit dalam perjalanan regim ketenteraan yang mengambil tampuk seleas jatuhnya sistem monaarki diraja. Mesir menarik kerana ia adalah medan sebenar yang menentukan kebangkitan manusia ditimur. Ia menarik kerana ia dekat dengan Israel. Politiknya menjadi kuasa penentu diTimur Tengah menyebabkan semua berlumba lumba mahu memastikan siapa yang berjaya ditampuk pemerintahan. Mesir juga menjadi sangat menarik kerana disitulah lahirnya wacana pemikiran Islam diabad baru, melahirkan ulama ulama yang bukan sahaja berbicara dalam aspek fantasi agama, tetapi ulama ulama ini berjejak dibumi yang nyata, berbahas menggunakan bahasa realiti yang wujud. Melahirkan ilmuan ilmuan yang faham tentang perjuangan. Mesir juga menarik kerana ia melahirkan manusia munafik yang akan terus memainkan peranan dalam memastikan islah itu terus berada dalam lipatan selimut semata mata. Mesir sangat menarik kerana 2 golongan ini akan terus wujud dan bertembung. Benarlah kata kata yang menjadi sindirian buat negara Mesir: " Kalau nak mencari Musa, datanglah ke Mesir, kalau nak mencari Firaun pun boleh datang ke sini". Tersenyumlah wahai ahli Mesir kerana anda berada dimedan yang dijanjikan :) Azliani Ismail Em Jauhari Tantawi Penulis blog aku budak medik. :) ;)
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 23:09:55 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015