Hepatitis C Apa itu hepatitis C? Hepatitis bermaksud bengkak - TopicsExpress



          

Hepatitis C Apa itu hepatitis C? Hepatitis bermaksud bengkak (radang) pada hati. Hepatitis terbahagi kepada beberapa jenis. Hepatitis C ialah penyakit yang disebabkan oleh virus. Anda boleh dijangkiti virus ini melalui darah seseorang yang telahpun dijangkiti. Adakah hepatitis C biasa berlaku? Di Malaysia, kes hepatitis C jarang berlaku, tetapi di beberapa negara tertentu, ia banyak berlaku. Tidak dapat dipastikan berapa ramai orang yang menghidap hepatitis C. Jika anda menghidap hepatitis C, anda mungkin tidak akan perasan simptom-simptomnya. Dianggarkan di antara 15 hingga 20 peratus mereka yang dijangkiti hepatitis C akan pulih tanpa rawatan dalam masa enam bulan. Sebaliknya, jika virus ini kekal di dalam badan anda, ini bermakna anda menghidap hepatitis C kronik dan hati anda mungkin akan rosak dalam jangka masa beberapa tahun. Bagaimanakah hepatitis C tersebar? Anda boleh dijangkiti hepatitis C melalui: perkongsian jarum suntikan jika anda menyuntik dadah ke dalam badan. Ini merupakan cara yang paling biasa hepatitis C tersebar. Dianggarkan separuh daripada penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan menghidap hepatitis C. pendedahan kepada darah yang tercemar di tempat kerja. Contohnya, jika anda bekerja dalam industri penjagaan kesihatan, ada kemungkinan kulit anda terluka terkena jarum suntikan secara tidak sengaja. jarum yang tercemar yang digunakan untuk mencacah tatu atau menindik. mendapat rawatan perubatan atau pergigian di sesetengah negara di mana penyakit ini banyak berlaku dan peralatan mungkin tidak disteril dengan betul. Virus hepatitis C boleh hidup selama beberapa minggu dalam darah kering. Ini bermakna anda boleh dijangkiti melalui pencukur, gunting, pengetip kuku atau berus gigi yang anda kongsi dengan seseorang yang mempunyai virus ini. Anda juga boleh mendapat hepatitis C melalui hubungan seks dengan seseorang yang mempunyai virus ini. Jika suami anda menghidap hepatitis C, anda mungkin mahu membuat ujian untuk mengetahui samada anda juga menghidap hepatitis C. Apakah cara untuk mengetahui samada saya menghidap hepatitis C? Satu-satunya cara untuk memastikan sekiranya anda menghidap hepatitis C ialah dengan membuat ujian darah. Tidak seperti hepatits B, ujian bagi hepatitis C bukanlah ujian rutin bagi wanita hamil. Anda perlu meminta doktor anda untuk melakukannya. Jika anda menghidap hepatitis C, anda mungkin tidak mempunyai sebarang simptom, atau barangkali simptom-simptomnya sangat ringan atau kabur, atau disalahertikan sebagai sesuatu yang lain. Tetapi virus ini boleh merosakkan hati secara senyap. Jika tidak dirawat, hepatitis C akhirnya boleh menyebabkan penyakit hati (cirrhosis), malah barah hati juga. Pertama kali anda dijangkiti, anda mungkin rasa sangat letih dan tidak sihat, seolah-olah anda mendapat demam selesema. Agak jarang bagi mereka yang menghidap hepatitis C untuk mendapat jaundis, yang mana merupakan satu tanda bahawa hati tidak berfungsi dengan betul. Jika anda menghidap hepatitis kronik, anda mungkin mempunyai simptom-simptom yang sukar dipastikan. Ini termasuk: keletihan yang amat sangat sakit-sakit otot loya kemurungan atau keresahan kesakitan pada bahagian atas kanan perut anda (di mana hati anda berada) lemah daya ingatan atau penumpuan. Jika anda tahu bahawa anda menghidap hepatitis C, atau anda rasa anda mungkin berisiko, penting bagi anda berbincang dengan doktor anda supaya beliau boleh mengambil langkah-langkah untuk melindungi anda dan bayi dalam kandungan anda. Bolehkah saya menerima rawatan bagi hepatitis C semasa hamil? Anda mungkin tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang biasanya digunakan untuk merawat hepatitis C. Ini kerana, ubat-ubatan yang dipanggil interferon dan ribavirin ini boleh jadi sangat bahaya kepada bayi dalam kandungan anda dan boleh menyebabkan kecacatan yang teruk pada bayi. Penting bagi anda menjauhi alkohol kerana ia boleh meningkatkan risiko kerosakan pada hati. Pemakanan yang sihat dan berhenti merokok adalah cara yang baik juga untuk menjaga kesihatan diri dan bayi anda. Jika doktor telah mengesahkan bahawa anda menghidap hepatitis C, anda juga perlu belajar cara-cara melindungi orang lain daripada dijangkiti virus ini. Satu lagi perkara yang perlu difikirkan ialah samada suami atau ahli keluarga yang lain perlu menjalani ujian ataupun tidak. Adakah hepatitis C akan menjejaskan kehamilan saya? Tidak banyak yang kita ketahui mengenai kesan hepatitis C terhadap kehamilan. Tetapi kita tahu bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai hepatitis C lebih berkemungkinan: dilahirkan pramatang kecil semasa dilahirkan memerlukan penjagaan khas selepas dilahirkan. Jika anda hamil, menghidap hepatitis C dan mempunyai berat badan berlebihan, anda lebih berkemungkinan menghidap kencing manis. Apakah kesannya terhadap bayi dalam kandungan saya sekiranya saya menghidap hepatitis C? Kemungkinan anda menjangkitkan hepatitis C kepada bayi anda adalah kecil, samada ketika dia masih di dalam rahim atau ketika dilahirkan. Kebarangkalian bayi anda mendapat hepatitis C daripada anda ialah kira-kira lima dalam 100. Namun begitu, jika anda juga menghidap HIV atau jika tahap virus hepatitis C dalam badan anda adalah tinggi, kemungkinan bayi anda dijangkiti hepatitis C adalah lebih tinggi. Setakat ini, kita tidak tahu bagaimana hendak menghentikan hepatitis C daripada dijangkitkan daripada ibu kepada bayinya. Pembedahan caesarean tidak dapat mengelakkan kemungkinan anda menjangkitkan virus ini kepada bayi anda. Oleh itu, doktor anda mungkin tidak akan menasihatkan anda supaya menjalani pembedahan caesarean. Walaupun kemungkinan bayi anda dijangkiti hepatitis C adalah kecil, dia perlu menjalani ujian bagi hepatitis C ketika umurnya setahun. Bagi kebanyakan bayi, ujian ini akan menunjukkan bahawa mereka tidak mempunyai virus ini. Kadang-kala doktor mungkin mengesyorkan ujian ini dijalankan lebih awal. Jika bayi anda menghidap hepatitis C, dia perlu dibawa menjalani pemeriksaan dengan kerap, ujian darah dan mungkin imbasan ultrabunyi. Adalah selamat bagi anda menyusukan bayi anda sekiranya anda mempunyai hepatitis C. Jangkitan kepada bayi biasanya tidak berlaku melalui penyusuan badan. ================================ Admin perlukan 100++ likes dari mommies & akk sume :( Please LIKE Pasti Hamil
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 15:20:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015