Hereby I highlight the part of my speech related to the issue of - TopicsExpress



          

Hereby I highlight the part of my speech related to the issue of GST and State Sales Tax. Dua perkara penting yang ingin saya ketengahkan dalam konteks perbelanjaan ini. Pertama, Menteri Kewangan mengatakan sumber utama di antaranya ialah Cukai Jualan minyak sawit mentah atau dengan izin “CPO sales tax”. Kajian kita menunjukkan bahawa sumber ini menyumbang secara significant kepada hasil negeri sejak tahun 2007 lagi. Sejak itu juga tiada usaha daripada kerajaan negeri untuk mencari sumber hasil tambahan atau yang baru. Kita juga prihatin bahawa mulai daripada 2015, Goods and Services Tax atau GST akan diperkenalkan. Perkara yang penting yang akan berlaku ialah pemansuhan “Sales and Service Tax” di Malaysia dan semua pengguna hanya perlu membayar cukai GST sebanyak 6%. Adakah pernah terlintas di kepala Menteri Kewangan apa akan terjadi kepada cukai jualan minyak sawit mentah sejumlah 24.2% sumber kewangan negeri Sabah apabila GST dilaksanakan nanti? Adakah hasil kewangan negeri daripada Cukai Jualan minyak sawit mentah akan diambil alih oleh Kuala Lumpur? Adakah pengeksport minyak sawit mentah akan dikenakan cukai dua kali (Double taxation)? Adakah Kuala Lumpur akan membayar pampasan kepada negeri Sabah sebagai ganti atas kehilangan sumber kewangan ini? Marilah kita baca kenyataan Malaysian Palm Oil Association pada tahun 2010, di websitenya yang bertajuk Sabah Sales Tax to be Retained. MPOA mengatakan bahawa “Sabah Sales Tax has not taken into account the Goods and Services Tax GST which by 2011 will replace the Sales and Service Tax including Sabah Sales Tax. The decision to retain Sabah Sales Tax should not be decided without taking into consideration GST.” Ini bermaksud, MPOA sebuah organisasi persekutuan yang mewakili syarikat-syarikat besar industri kelapa sawit berhasrat menghapuskan cukai jualan negeri! Apakah pendirian kerajaan Negeri BN Sabah apabila cukai jualan negeri diganti oleh GST yang dikutip oleh kerajaan Persekutuan? Adakah ini tidak adil kepada pengusaha industri minyak sawit dengan Double Taxation? Saya mencadangkan bahawa Sabah Sales Tax haruslah diteruskan kerana itulah autonomi negeri kita tetapi GST haruslah ditolak!
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 16:28:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015