Hihihi masih ada yg bertanya..kenapa kawinkan anak yang masih - TopicsExpress



          

Hihihi masih ada yg bertanya..kenapa kawinkan anak yang masih belajar. Apa pun pemikiran anda, daku tetap dengan pemikiran ku.. Dahulukan yg berhak menikmati hak mereka... Dan ingin berkongsi ilmu mengenai perkahwinan di sini..... PATUTKAH BERKAHWIN AWAL (oleh Ustaz Robani) Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi) Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu. 1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan? 2. Bakal Menantu masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? Saya tahu ramai yang masih belajar, meminjam wang dari MARA, JPA, PTPTN atau FAMA (father-mother) atau apa jua elaun biasiswa. Malah pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study. Jadi ia bermakna dua-dua anak dan bakal menantu masih dapat hidup dengan wang asas pengajian mereka. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa. Ibu bapa sewajibnya mendoakan selalu agar urusan rumahtangga anak mereka di permudahkan Allah dan di limpahi dengan rezeki dan rahmat Allah. Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32) 3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan? Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jika ibubapa tidak ingin atau tidak mampu menampung perbelanjaan kenduri pertunangan dan perkahwinan anak - berbesar hatilah dan berlapang dadanya menganjurkan majlis seringkas yang boleh. Bersedialah memotong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang. Jangan memandang rendah pada bakal menantu lelaki yang bewrkira-kira untuk menjimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat. Jika perlu kawan terdekat hadiri jemputlah kawan-kawan yang dapat datang. Jadi jimat sikit kos kenduri. Jangan fikirkan apa orang lain nak kata. Motivasi diri bahawa buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia dan membazir. Mudah sungguh majlis perkahwinan dalam agama Islam. Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani) 4. Tidak terlalu awalkah untuk anak saya berkahwin? Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat anak untuk belajar semakin meningkat, benarkan mereka berkahwin. Kalau rasa kahwin boleh membantu anak semakin bersemangat dalam agama, izinkan anak. Kalau rasa kahwin boleh elak anak terjebak dengan fitnah dan maksiat, restuilah perkahwinan anak. Itu sebenarnya maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anak and sudah ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan benarkan mereka berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin anak kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman kita dna keluarga. Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad) 5. Bersediakah anak saya untuk kahwin awal? Ini soalan paling bagus yang perlu di unjurkan kepada anak. Minta anak tanya dulu soalan asas ni secara jujur pada diri sendiri. a. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? b. Bertanggungjawab sudahkah saya? c. Adakah saya panas baran atau penyabar? d. Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh di usulkan kepada anak untuk ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan anak, ini nasihat saya. Sentiasalah nasihati anak dan memotivasikan anak untuk perbaiki diri dan mantapkan diri. Pesan pada anak dan diri sendiri serta pasangan kita bahawa orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar menghalusi solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Hendaklah kita sebagai orang tua bersedia mengubah dirinya kearah yang lebih baik dan menunjuk ajar anak dan menantu untuk bersedia dengan realiti rumahtangga yang sebenarnya. 6. Macam mana dengan restu kita sebagai ibu bapa? Ya, ini la benda paling susah bila anak-anak mahu kahwin awal. Faktor "RESTU IBUBAPA" merupakan penghalang paling utama. Ada anak dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa. Ada ibubapa mudah faham situasi anak dan tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi terdapat RAMAI ibu bapa sukar menerima kenyataan anak yang masih belajar ingin berkahwin. Walaupun bergaji dan berpendidikan tinggi, Ibu bapa jenis ini masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu ataupun terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv. Ibubapa ini di telenggami dengan pemikiran risau akan menantu tak cukup wang nak sara anak dara mereka. Juga risau jika lahir cucu pula-cucu akan miskin. Ya ketakutan yang boleh jatuh kufur kerana tidak yakin dengan rezki itu datangnya dari Allah. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Banyak kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat. Pada saya ibubapa dan penjaga perlu doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh yang beramanah dan bertanggungjawab kerana Allah. Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa) Nasihat saya untuk golongan penuntut universiti yang sedang hangat bercinta, sebaiknya kahwinlah awal. Juga nasihat saya kepada ibubapa usah di bangga dengan ijazah yang akan di bawa pulang anak. Tetapi berbanggalah dengan tiadanya maksiat atau khalwat di lakukan anak semasa menuntut di universiti. Ketahuilah banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah. Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 04:07:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015