IKUTLAH SUNNAH NABI DALAM BERAMAL,BUKAN MENDAHULUI SUNNAHNYA - TopicsExpress



          

IKUTLAH SUNNAH NABI DALAM BERAMAL,BUKAN MENDAHULUI SUNNAHNYA Para penggemar amalan bidah, apabila dijelaskan amalan mereka itu bukanlah ajaran al-Quran dan al-Sunnah Nabi, lazimnya mereka akan bertanya: Memanglah Allah dan Rasul-Nya tidak perintahkan amalan ini, tapi mana dalil larangannya?Soalan seperti itu adalah jelas salah. Soalan yang benar Adakah dalil perintah al-Quran dan al-Sunnah terhadap talqin ini? Sebabnya, kaedah menyatakan dasar sesuatu ibadah adalah batil / terlarang sehingga datang dalil perintahnyaBerdasarkan kaedah ini, merekalah seharusnya yang mendatangkan hujah / dalil bahawa amalan mereka itu benar-benar diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Jika kaedah mana dalil larangannya menjadi hujah, maka apakah larangan ibadah berikut: 1- Berpuasa Ramadan sebanyak 35 hari. 2- Solat qabliyah dan badiyah secara berjemaah. 3- Menguatkan suara dalam semua rakaat solat Zuhur dan Asar. 4- Menambah kalimah saidyidina dalam laungan azan. 5- Mendahulukan solat baru diikuti khutbah jumaat dalam solat jumaat. 6-Azan dalam bahasa melayu. 7-Solat sunat harijadi atau hari pekerja 7 rakaat....Dan banyak lagi.
Posted on: Sun, 26 Jan 2014 23:52:47 +0000

Trending Topics




© 2015