INDEKS JENAYAH MELAKA TURUN 12.04 PERATUS TAHUN LEPAS Melaka, - TopicsExpress



          

INDEKS JENAYAH MELAKA TURUN 12.04 PERATUS TAHUN LEPAS Melaka, 10 Feb - Melaka mencatatkan penurunan indeks jenayah sebanyak 12.04 peratus tahun lepas dengan 4,187 kes dilaporkan berbanding 4,760 kes pada 2012. Kejayaan itu ekoran penumpuan khas polis Melaka terhadap jenayah curi motosikal dan pecah rumah yang berlaku di sekitar negeri ini, kata Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye kepada pemberita di sini hari ini. Beliau yang ditemui selepas perhimpunan bulanan di Ibu pejabat Polis Kontinjen Melaka, turut berkata pihaknya akan mengambil 500 anggota Simpanan Sukarelawan Polis (PVR) baharu tahun ini. Ini sebagai tambahan kepada 500 anggota sedia ada, bertujuan menempatkan lebih ramai anggota PVR di kawasan perumahan di seluruh negeri, katanya. Terdahulu, Chuah menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang peniaga, Mohd Sanusi Kamalludin dari Kampung Tembakau Jasin di sini kerana membantu polis menahan lima lelaki yang terlibat dalam kes samun dan curi lima kereta mewah di sebuah pusat pameran jualan kereta di Bandar Sungai Long, Kajang, Selangor pada September 2012. BERNAMA
Posted on: Mon, 10 Feb 2014 15:31:51 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015