INFO MENGENAI PESTABOLA MERDEKA Pestabola Merdeka, adalah - TopicsExpress



          

INFO MENGENAI PESTABOLA MERDEKA Pestabola Merdeka, adalah kejohanan bola sepak yang dianjurkan bagi memperingati Hari Kebangsaan. Ketika kejohanan ini dilangsungkan secara tahunan mulai 1957 hingga 1988, ia hanya dilangsungkan tujuh kali daripada 1989 hingga 2008. Edisi pertama Pestabola Merdeka diadakan pada Ogos dan September 1957 dengan Hong Kong dinobatkan sebagai juara buat julung kalinya. Begitu pun, selepas itu kejohanan itu didominasi Malaysia, Korea Selatan, Myanmar, Indonesia dan pelbagai negara lain termasuk kelab Amerika Selatan dan Eropah. Malaysia menjulang trofi itu sembilan kali sejak 1957, muncul naib juara lapan kali dan berkongsi pentas juara dua kali dengan Korea Selatan (1960 dan 1979), manakala Korea memenanginya tujuh kali. Indonesia, Taiwan dan Myanmar juga pernah berbangga dengan kejayaan menjulang trofi tersebut. Juara-juara lain termasuk pasukan Olimpik Czechoslovakia (1987), SK Admira Wacker dari Austria (1991), Buenos Aires XI (1983), Hamburger SV (1988), Morocco (1980), New Zealand (2000), Santa Catarina XI (1982) dan Uzbekistan (2001). Kelab Brazil - Sao Paulo XI, Minas Gerais XI, dan America FC Rio de Janeiro bergelar naib juara bersama-sama Jepun dan India sepanjang 56 tahun penganjuran kejohanan tersebut. Kredit: Astro Arena | Nolive No Problem |MUJAP|
Posted on: Fri, 16 Aug 2013 09:26:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015