[INFO TERKINI] Selepas beberapa episod perjumpaan dengan pihak - TopicsExpress



          

[INFO TERKINI] Selepas beberapa episod perjumpaan dengan pihak Universiti Tanta, satu panggilan telah diterima daripada wakil mereka untuk berjumpa dengan beberapa wakil PCT untuk membincangkan tentang ketetapan yang telah dikeluarkan oleh pihak Education Malaysia Egypt (EME). Pertemuan ini akan diwakili oleh beberapa wakil PCT untuk berbincang dengan Dekan Fakulti Perubatan, Dr. Ayman Saed dan Dekan Fakulti Pergigian, Dr. Hoda Al Amin mengenai : 1. Jadual peperiksaan Dhur Thani 2. Jadual peperiksaan Tahun 5 3. Kuliah Tahun 6 4. Tarikh buka kuliah sesi baru 5. Status peperiksaan pelajar Government to Government. Doakan agar urusan dipermudahkan. Elakkan spekulasi, jelaskan situasi. "Bridging the Community" Biro Penerbitan & Penerangan, PERUBATAN Cawangan Tanta 2013/14
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 18:53:07 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015