INFO : TUNTUTAN KEHILANGAN KENDERAAN Ramai dikalangan rakyat - TopicsExpress



          

INFO : TUNTUTAN KEHILANGAN KENDERAAN Ramai dikalangan rakyat negara ini menghadapi masalah kehilangan motorsikal mahupun kereta. Setiap hari boleh dikatakan pasti ada berlaku kes kecurian kenderaan. Bagaimana atau dimana kes kecurian sering berlaku tidak penting tetapi apabila ia berlaku pada kita,apa yang kita perlu buat? Kebanyakan orang yang datang pada saya tidak tahu bagaimana prosedur untuk membuat tuntutan insurans sedangkan amat penting untuk tahu kerana bayaran ganti rugi yang di bayar sedikit sebanyak dapat membantu untuk meringankan beban bayaran baki hutang (jika kenderaan masih mempunyai hutang). Perkara pertama yang perlu dilakukan jika berlaku kehilangan adalah melaporkan pada pihak polis.Perkara penting yang saya ingin tekankan di sini adalah sesiapa yang melaporkan itu mesti mempunyai lesen memandu yang sah bagi kelas kenderaan yang terlibat. Apa rasionalnya orang yang melaporkan mesti ada lesen yang sah? Ini kerana orang yang melaporkan itu akan di anggap sebagai pemandu. Seseorang yang memandu tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang dan ini menjadi alasan kukuh bagi pihak insurans untuk menolak tuntutan anda. Perkara kedua selepas melaporkan pada pihak polis adalah dapatkan salinan pendaftaran kenderaan atau geran serta salinan polisi insurans atau “insurance cover note” dari syarikat kredit anda atau kedai motosikal (jika anda tidak menyimpan salinan). Selepas itu, anda harus melaporkan pada pihak insurans pula. Anda perlu dapatkan borang tuntutan atau “claim form” dari syarikat insurans. Borang itu hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pemilik DAN pelapor. Selesai mengisi borang, serah semula kepada pegawai bertugas dan dengan itu selesai peringkat pertama dalam urusan tuntutan insurans anda. Pada peringkat kedua, adjuster dari pihak insurans akan menghubungi anda untuk sedikit temuduga untuk dapatkan testimoni lisan selain testimoni bertulis (repot polis). Selesai sesi temuduga, pihak insurans akan menyediakan surat tawaran (jika tuntutan lulus) atau surat pemberitahuan (jika tuntutan gagal) dalam masa 4-6 bulan. Sebaik anda menerima surat tawaran, itu bermakna syarikat insurans bersetuju untuk membayar sejumlah wang sebagai ganti rugi. Anda harus lengkapkan surat tawaran itu dengan dokumen-dokumen yang diminta. Antara dokumen yang diminta ialah:~ 1.i. Surat persetujuan tawaran (dilampirkan bersama surat tawaran) 2.ii. Borang JPJ TM-AB (pengesahan kad pengenalan; dicop sumpah oleh pegawai JPJ) 3.iii. Borang JPJ K3 (2 keping) 4.iv. Borang JPJ K8 (1 keping) 5.v. Surat pelepasan oleh syarikat sewa beli (jika sudah habis pinjaman) 6.vi. Kunci kenderaan (surat pemberitahuan jika kehilangan kunci) 7.vii. Kad Pendaftaran Kenderaan Asal(geran) Selesainya proses tuntutan insurans adalah apabila anda menerima bayaran daripada pihak insurans. Jika kenderaan anda masih di bawah perjanjian pinjaman, anda harus merujuk kepada syarikat pinjaman untuk sebarang maklumat lanjut.
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 18:46:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015