★★INfo mengenai PERFUME★★ Harus - TopicsExpress



          

★★INfo mengenai PERFUME★★ Harus diingatkan bahawa minyak wangi memberikan kesan yang berbeza untuk setiap individu.Ini kerana setiap individu mempunyai kimia badan tersendiri yang turut dipengaruhi oleh faktor-faktor genetik, di samping gaya hidup yang diamalkan dan keadaan sekeliling turut memberikan kesan reaksi wangian pada kulit.Hidung tidak mampu mengesan kompleksiti wangian sekiranya anda mencuba lebih daripada tiga wangian serentak. Oleh itu, adalah wajar sekiranya anda menghadkan kepada tiga bau pada satu masa.Bau haruman paling kuat di titik-titik nadi di mana aliran darah paling pantas, dan kulitnya adalah bahagian badan yang paling panas. Oleh demikian, untuk kesan yang maksimum, sapu atau semburkan sedikit wangian di bahagian pergelangan tangan, tengkuk, lurah dada dan bahagian dalam siku.Minyak wangi bertahan lebih lama pada kulit yang lembap dan berminyak serta yang telah disediakan dengan krim atau minyak wangian yang sepadan dengannya.Membuat lapisan wangian seperti dimulakan dengan krim mandian, diikuti dengan bedak dan akhirnya minyak wangi yang mempunyai bau yang sama akan memastikan kesan haruman bertahan lebih lama.Kebanyakan minyak wangi mampu bertahan untuk beberapa jam, oleh demikian anda perlu menyembur haruman tersebut apabila anda sedar ia tidak lagi berbau. Adalah wajar untuk menyembur semula sekali semasa petang dan sekali lagi pada sebelah malam.Selain itu, sehingga anda mandi, pastikan anda memakai haruman yang sama pada sebelah siang dan mengelakkan diri daripada mencampur minyak wangi yang dipakai kerana ada kalanya kombinasi itu memberikan bau yang tidak menyenangkan.Di kalangan wanita berusia yang deria baunya semakin kurang peka dan wanita muda yang masih belum membiasakan diri memakai minyak wangi. Mereka akan menyembur, dan kemudian apabila terasa seperti tidak berbau, mereka menyembur lagi.Namun demikian, hakikatnya semburan mungkin telah mencukupi dan sungguhpun si pemakai tidak menghidu baunya, tetapi mereka yang berada berhampiran berupaya mengesan kehadirannya. Oleh itu, adalah penting untuk tidak menyembur keterlaluan.Oleh itu dengan mengekalkan bau yang paling sesuai dengan diri, akan memberikan bau signatur untuk anda dan membolehkan orang lain mengenali bahawa ia bau anda.Happy Shopping..
Posted on: Thu, 21 Nov 2013 11:21:09 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015