ISTIMEWA UNTUK TATAPAN DIVAZ DENGAN UCAPAN, JANGAN - TopicsExpress



          

ISTIMEWA UNTUK TATAPAN DIVAZ DENGAN UCAPAN, JANGAN NGANTUK2...ekeke “ Malam tu, abang basuh pinggan seorang diri kat dapur.” ‘ Berapa banyak pinggan abang basuh? “ “ Pinggan abang makan je. Sebijik.” Aku menggangguk. Firman memang rajin membasuh pinggan. Dia pun selalu tolong aku basuh. “ Tapi tak guna abu dapur, guna sabun basuh baju. Suasana gelap sangat. Iris pun tau tak ada letrik kan. Rumah lain pun semua gelap, hanya sebuah cahaya pelita ayan yang menemani abang di dapur. Tiba-tiba angin bertiup kencang…terasa bergoyang-goyang dapur tu…rasa semacam je…” Kenapa tiba-tiba aku turut merasa seram semacam? Gaya Firman pun lain macam. Dengan airmuka yang suspen, intonasi suara yang serius dan gaya tangan yang cuba menggambarkan suasana. “ Tiba-tiba suara anjing melolong…panjangggg…” Aku mula menarik bantal dan memeluknya erat. “ Beberapa suara anjing lagi melolong..macam sahut menyahut…panjangggg…jauh. Kalau anjing melolong dekat, maknanya dia jauh. Kalau anjing melolong jauh, maknanya dia dekat.” Semakin erat bantal ku peluk. Rama-rama semuanya dah mati ke? Diam je. ‘ Bulu roma di telinga abang berdiri tegak…” Firman ada bulu roma di telinga ke? Setahu aku tak ada sebab aku rajin membelek telinga, kepala, hidung, bulu tangannya…Mungkin aku tak perasan. Tak apalah, kejap lagi aku cek. Ketika ini, cerita Firman lebih penting. “ Orang Kemboja kata, kalau bulu roma di telinga meremang ertinya ada benda di belakang.” Bulu roma aku pun merinding tak pasal-pasal. “ Abang pun menoleh ke belakang…tak ada apa pun. Maka abang terus membasuh pinggan.” Apalah yang lamanya sangat basuh sebijik pinggan? “ Tiba-tiba terasa ada sesuatu melintas di belakang…zupppp…sampai boleh rasa belakang abang macam tersentuh kain yang melayang…” Aku dah mengangkat bantal separuh ke muka…siap sedia membenamkan muka kalau apa-apa menjelma…serammm… “ Tiba-tiba…” Aku semput menahan nafas. “ Satu benda putih terapung perlahan-lahan depan mata abang..di luar dapur..” Aku dah mula menggigil..cepatlah basuh pinggan dan lari masuk rumah la!!! “ Rambut putih panjang sampai ke tanah..baju putihnya labuh…berkibar-kibar ditiup angin ..matanya merah menyala..dia terseringai..…darah merah pekat mengalir di celah-celah giginya yang tajam dan berkarat..” Rama-ramaku semua dah ghaib! “ Dia mengilai kuat, abang terjerit terkejut…” Ketika ini, aku yang menjerit sambil membenamkan muka ke bantal! Lama baru aku mengangkat kepala, menanti Firman menyambung. Firman semakin menyeramkan cerita dengan gaya tangan dan mimik mukanya. “ Abang terjerit terkejut sampai abang tersimbah air basuh pinggan di besen ke mukanya!” Gaya Firman seperti menyimbah air besen ke muka aku seolah aku pulak yang hantunya! Aku terjerit kuat kerana terkejut disergah Firman. Aku terus menerkam Firman dan merangkulnya erat. Rasa nak masuk ke dalam dadanya. Mencari perlindungan di celah-celah ketiaknya. Aku boleh merasa henjutan badan Firman menahan tawa. Selimut ditarik menyelimuti kami berdua tetapi aku dah masuk jauh ke dalam selimut, menutup seluruh kepala dan menyelit di celah ketiak Firman. Memeluknya erat sambil memejam mata rapat! “ Nak dengar tak sambungannya? “ Firman berbisik lembut di telingaku. “ Tak mahu…” aku merengek dengan gigilan. “ Tak nak tau apa yang berlaku kepada abang? “ Aku mengangkat kepala perlahan, memerhati wajah dalam selimut ini. Rasa lucu pulak Firman turut berselimut litup dan kami saling berbaring menghadap hampir berlaga hidung. “ Hantu tu jawab, TAK PEDIHKAN MATA!” TAK PEDIHKAN MATA Firman sepatah-patah dengan slang nyonya Cina. Aku terlopong sekejap kerana aku menjangkakan aku akan menjerit sekuat hati dan mencari ketiaknya lagi..rupa-rupanya… Aku menjerit marah dan menumbuk dada Firman bertalu-talu. Firman memegang kedua belah tanganku sambil tertawa keras. Hilang gelak beriman dia! Cerita hantu dia rupanya iklan syampu ! Ceh! Tak ada gaya singa, naga atau ulat beluncasnya. Gaya lanun yang serabut serabai sangat sekufu dengan Firman. Sampai bila-bila! Kalau tak kenakan aku, tak sah! * PETIKAN MY PRECIOUS IRIS MELUR JELITA
Posted on: Fri, 30 Aug 2013 07:43:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015