ITTAQULLAH 4_Komet ISON - KITA WAJIB AMBIL TAHU (Sebelum - TopicsExpress



          

ITTAQULLAH 4_Komet ISON - KITA WAJIB AMBIL TAHU (Sebelum meneruskan pembacaan, pastikan kalian sudah mendengar khutbah Jumaat dlm ITTAQULLAH 1 dan menonton klip2 video dlm ITTAQULLAH 2 serta 3) Assalamualaikum wrb... Saudara2 dan sahabat2 yang sangat dimuliakan ALLAH SWT, Ana tak tahu dari mana nak mulakan menulis dan apa yang nak ditulis. Selepas membaca beberapa artikel, laporan, data2 yang dibentangkan serta menonton klip2 video berkenaannya di YouTube selama 2 hari berturut, (terpaksa ambil masa utk pastikan apa yg ana baca bukan momokan). Ya ALLAH... banyaknya yang perlu dihadam dan disampaikan. Hampir2 nak batalkan niat utk menulis. Tapi tajuk di atas sangat2 perlu dan wajib bagi ana kongsikan bersama kalian. Sekali lagi ana kena ingat, ini amanah. Ya ALLAH...Ana cuba ringkaskan dgn menggunakan bahasa sains mudah agar kita semua boleh faham senario yg sedang berlaku, insyaALLAH. Artikel dalam bahasa Indonesia diKompas sebagai sumber utama rujukan utk ringkasan maklumat. Ana petik ayat 103 - 110 dari Surah al Kahfi, mohon fahami betul2 maksud dan pengertian ayat2 ALLAH ini, dalam pengertiannya... Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya? (Al-Kahfi 18:103) | (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan. (Al-Kahfi 18:104) | Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak. (Al-Kahfi 18:105) |(Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan. (Al-Kahfi 18:106) |Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). (Al-Kahfi 18:107) |Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya. (Al-Kahfi 18:108) | Katakanlah (wahai Muhammad): Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan. (Al-Kahfi 18:109) | Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya. (Al-Kahfi 18:110) | KOMET ISON Komet ISON yg berjaya dirakam oleh Pete Lawrence di La Palma, Kepulauan Canary pada 22 November lepas. Sejak September 2012 lepas lagi, para astronomi dan para saintis malahan sebahagian orang awam di benua Eropah, Amerika, Antartika dan Australia terutamanya serta benua2 lain begitu kerap memperkatakan tentang komet ISON. Pd tarikh 28 November 2013, mereka semakin tidak sabar menunggu fenomena yang bakal berlaku di ruang angkasa bumi di mana pada tarikh 28 Nov tersebut, insyaALLAH komet berekor ISON akan berada dalam titik PERIHELION, yakni kedudukan paling dekat dengan matahari. Masalahnya, mungkin ramai di kalangan rakyat Malaysia yang kurang pengetahuan tentang komet ISON kerana kurangnya pendedahan terhadap perkara ini. Apa sebenarnya komet ISON ni ? Kenapa para astronomi, para saintis dan para pengkaji fenomena alam di luar negara begitu teruja menunggu kedatangan komet ISON? Apa istimewanya komet ISON ni sehingga memaksa pihak NASA menubuhkan CIOC (Comet ISON Observing Campaign) pada Feb 2013 lepas? Kenapa kita penduduk Malaysia sewajarnya wajib tahu? (sehingga ke hari ini rasanya maklumat mengenainya belum dikeluarkan oleh Agensi Angkasa Negara (MOSTI)Apakah kemungkinan-kemungkinan yang mungkin terjadi setelah komet ISON berjaya mengelilingi matahari mengikut lingkaran parabola@meletup dan pecah berderai sewaktu melintasi ruang angkasa bumi?Berikut fakta-fakta hasil kajian oleh beberapa pihak untuk membantu menjawab pertanyaan-pertanyaan tersebut di atas. 1. Apa sebenarnya komet ISON? a. Komet ISON adalah sebuah komet yang ditemui secara tak sengaja oleh astronomi di Russia, Vitali Nevski dan Artyom Novichonok, pada 24 September 2012. b. Komet ini diberi nama saintifik C/2012 S1. Nama ISON diambil sempena nama organisasi yang menaungi kerja2 penyelidikan astronomer2 di atas sewaktu menemui komet tersebut, yakni International Scientific Optical Network (ISON). c. ISON adalah komet yang berasal dari Awan Oort, awan komet yang terletak pada jarak 50.000 Astronomical Unit (1 AU = 149 597 871 km) dari matahari, yakni di garisan paling jauh drp matahari dalam Sistem Solar. d. Komet ISON adalah bebola beku gas+serpihan(dust particles), mempunyai diameter mencapai 5 km di awal pergerakannya ke arah matahari mengikut orbit, tetapi kini saiznya semakin mengecil sehingga 1~2 km diameter. e. Seperti komet lain dari Awan Oort, komet ISON boleh terpengaruh oleh tarikan gravitasi bintang-bintang lain sehingga menyebabkan ia bergerak meluncir keluar dari Awan Oort menuju masuk ke dalam Sistem Solar. f. Komet ISON juga dikenali sebagai komet sungrazer, yakni komet yang bergerak mendekati matahari dan mampu mencapai jarak yang sangat dekat dengan bintang itu. Para saintis dan astronomer mengkaji corak pergerakan komet ISON dari awal penemuan lagi dan dari situ membuat pengiraan berformula. g. Pada 28 November, dijangka jarak komet ISON dgn permukaan matahari adalah kurang drp 1.2 juta km dengan kelajuan melebihi 28.99km/saatg. Perjalanan komet ISON menuju matahari disifatkan oleh astronomer sebagai satu perjalanan yang berakhir dengan kematian yang ganas dan tragis. Ini berdasarkan komet2 sebelum ini, apabila mendekati matahari, ribut solar pada permukaan matahari akan menghasilkan Coronal Mass Ejection (CME), yakni ledakan ribut solar dan medan magnetik tinggi yang akan membakar habis semua meteor atau asteroid yang mendekati permukaannya. h. Komet ISON juga dikenali sebagai komet bayi. Bukan sebab ianya baru saja terbentuk (sebenarnya komet ISON sudah terbentuk berjuta tahun lepas, tetapi kerana pengaruh tarikan graviti atau perlanggaran dengan bintang2 lain, komet ISON telah terkeluar dari orbitnya dan pertama kalinya meluncur masuk ke dalam Sistem Solar. i. Komet ISON juga dikenali sebagai komet yang memiliki perjalanan jangkapanjang kerana mengambil masa lebih dari 200 tahun untuk mencapai titik terdekat(perihelion) dengan Matahari. 2. Mengapa komet ISON Istimewa? a. Komet ISON istimewa karena sinaran terang cahayanya. Terlalu cerah sehinggakan ISON mampu dilihat di siang hari dengan mata kasar sahaja! b. Ramalan pada awal penemuannya menyatakan bahawa sinaran komet ISON mampu menyaingi cahay bulan mengambang, malahan lebih lagi. Namun, andaian ini perlu disemak semula dari semasa ke semasa kerana paten pergerakan komet ISON berubah2, sangat sukar mendapatkan tetapan pergerakan perjalanan . c. Berdasar kajian terbaru, ISON hanya akan dpt dilihat pada kadar maksima di magnitud -6. Lebih redup dari bulan mengambang, tetapi tetap boleh dilihat dengan mata kasar dengan memerhatikan betul2. d. Semakin dekat komet ISON dengan matahari, didapati ekornya dan bebola komet itu sendiri semakin terang bercahaya, apabila ia mencapai perihelion yakni titik yang sangat dekat dengan Matahari, hanya 1,2 juta km dari permukaan Matahari. Pada saat ini, penduduk bumi dinasihatkan utk melihat komet ISON dengan mata kasar sahaja, tanpa menggunakan sebarang jenis teleskop mahupun binokular. e. Punca terang dan cerahnya komet ISON dikatakan berasal dari kandungan ais dan debunya. Ais perlahan-lahan mengeluwap, komet menjadi kering dan akibat pergerakan pada kelajuan tinggi, komet yang semakin mengering akan pecah dan debu akan berhamburan darinya, diiluminasi dan dibakar oleh matahari yang mana mencetuskan cahay terang. f. Pengeluwapan ais dan hamburan debu maksimum akan terjadi ketika ISON mencapai titik terdekat dengan Matahari pada 28 November 2013. g. Kerana pengeluwapan dan hamburan debu maksimum itu, komet akan kelihatan sangat terang-benderang pada hari itu dan sehari selepasnya, 29 November 2013. h. Komet ISON juga istimewa disebabkan jangkamasa ianya dapat dilihat jelas di ruang angkasa bumi adalah lama kerelatifannya, mencapai lebih dari sebulan. i. Komet ISON telah mula menampakkan diri pada pertengahan November lagi (15~17 November 2013) sehingga bulan Januari 2014. j. Komet ISON diramalkan sebagai komet paling terang dalam jangkamasa 50 tahun terakhir. Komet ini juga telah dinamakan sebagai Comet of the Century 3. Mengapa kita perlu tahu? a. Kerana berkemungkinan kita di Malaysia dapat menyaksikan komet ISON pada 28 dan 29 November ini, insyaALLAH. b. Komet ISON boleh dilihat dengan mata kasar tanpa menggunakan teleskop atau binokular, cukuplah sekadar menutup bebayang cahaya matahari dengan tapak tangan, atau buku, atau boleh juga memakai kaca mata sunglasses, sebagai teknik khusus mengurangkan terang cahaya matahari yang pastinya menutupi komet ISON c. Ada dua kemungkinan, perjalanan komet ISON ini adalah yang pertama dan terakhir, di mana jika pergerakan orbitnya berbentuk parabola atau hiperbola selepas mendekati dan melintasi matahari, maka komet akan kembali ke awan Oort buat selama2nya. Atau, jika orbitnya bersifat bulatan dgn eccentricity sifar, maka penduduk bumi berkemungkinan dapat melihatnya semula selepas jutaan tahun kemudian. WALLAHualam. d. Kesempatan pada penghujung November ini akan menjadi kesempatan sekali seumur hidup untuk menyaksikan komet ISON di angkasaraya. InsyaALLAH. Rebutlah peluang ini. 4. APAKAH IMPAK ATAU KESAN KEPADA BUMI DAN ISINYA YANG MUNGKIN BERLAKU APABILA KOMET ISON DAN/ATAU KOMET-KOMET LAIN MELINTASI RUANG ANGKASA BUMI? APAKAH POWER TRANSMISSION GRID SYSTEM AKAN MENGHADAPI KESAN PALING TERUK AKIBAT SOLAR RADIASI YANG DIBAWA OLEH KOMET TERSEBUT? Persoalan di atas memang membimbangkan, pelbagai kemungkinan telah diandaikan oleh para saintis namun tidak ada satu pihak pun yg dapat menjangka dengan tepat/hampir tepat. Agensi2 kerajaan Amerika telah dan sedang mengambil langkah2 berjaga2 sekiranya kesan negatif melanda mukabumi. Kenapa pihak NASA senyap daripada memperkatakan risiko2 yg mungkin melanda?InsyaALLAH, akan disambung sedikit saja lagi selepas ini, jika ana larat....Klip2 video di bawah utk tontonan jika ingin maklumat lebih terperinci dan tepat. Tulisan di atas sekadar ringkasan pengenalan semata2. Saksikanlah. 1. https://youtube/watch?v=y4pRPOIfc_g ISON Update 25 November 2013 2. youtube/watch?v=ilptPUGF3j0 The Electric Comet ISON 3. cosmicdolphinmagic.ning/profiles/blogs/ison-comet-electrical-systems-will-fail Comet ISON : Electrical Will Fail Maaf zahir dan batin Wsalam al faqirah ilaLLAH
Posted on: Thu, 28 Nov 2013 05:19:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015