Ibu saya bekas Guru Besar di Sekolah Infant Jesus (Convent) Johor - TopicsExpress



          

Ibu saya bekas Guru Besar di Sekolah Infant Jesus (Convent) Johor Bahru. Tak pernah dalam sejarah hidup dia suruh anak murid bukan ISLAM makan dalam tandas atau bilik persalinan di sekolahnya ketika bulan Ramadhan. Semua makan di kantin seperti biasa. Tak ada masalah pada pelajar ISLAM yang sedang berpuasa. Insiden yang berlaku di SK Seri Pristina bukanlah kerana ISLAM atau kerana Ramadhan tetapi kerana kurang bijaknya Guru Besar di sekolah itu dalam menguruskan kebajikan Hal-Ehwal pelajarnya. Pengajaran kepada Jabatan Pendidikan Daerah/Negeri untuk keluarkan pekeliling mengenai masalah ini agar tidak berulang lagi.
Posted on: Tue, 23 Jul 2013 07:23:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015