Ibu tunggal diminta daftar diri dengan Jabatan Pembangunan Wanita - TopicsExpress



          

Ibu tunggal diminta daftar diri dengan Jabatan Pembangunan Wanita 20/07/2013 * KUALA LUMPUR - Ibu tunggal diminta segera mendaftarkan diri dengan Jabatan Pembangunan Wanita untuk menerima pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, berdasarkan inventori kementerian, hanya 70,000 ibu tunggal sudah berdaftar setakat ini walaupun bilangan sebenar diyakini lebih tinggi. "Semua ibu tunggal diminta berdaftar dengan persatuan ibu tunggal yang terdekat untuk pengesahan sebelum persatuan itu mendaftar dengan jabatan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Ramadan kepada 300 penerima yang terdiri daripada penghuni Rumah Anak Yatim dan Ibu Tunggal Rumah Perlindungan Nur Kasih, di sini hari ini. Mengulas lanjut, Rohani berkata pendaftaran itu penting bagi membolehkan kementerian mendapatkan jumlah sebenar ibu tunggal dan seterusnya merangka program terbaik untuk mereka. - Bernama kosmo!
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 09:40:10 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015