Info shared from: - TopicsExpress



          

Info shared from: https://facebook/pages/Kisah-Wanita/141219132739647 Kajian menunjukkan bahawa walau pun individu tersebut mengamalkan pemakanan sihat penuh dengan vitamin dan mineral, keperluan tersebut tidak mampu menampung keperluan tubuh terutama sekali di dalam kesibukan dan keadaan individu itu sendiri. Secara umum, supplement multivitamin dapat membantu dari segi: Menjaga kesihatan jantung. Meningkatkan tahap tenaga Meningkatkan sistem imun tubuh Menguatkan tulang Kesihatan mata dan penglihatan Menjaga kualiti kulit sihat Zat pemakanan memainkan peranan penting dalam meningkatkan mutu kesihatan. Selain menampung kekurangan vitamin pada tubuh, bahan tambahan ini juga bertindak sebagai merawat penyakit yang berkaitan dengan kekurangan vitamin dan mineral. Perlu diketahui ketika meninjau untuk membeli multivitamin, anda disarankan untuk memberi tumpuan kepada gabungan vitamin dan mineral yang ada, bukan amaun bagi setiap kandungan mineral dan vitamin. Ketahuilah supplement multivitamin yang baik seharusnya mempunyai gabungan zat pemakanan yang seimbang dan memenuhi keperluan vitamin dan mineral teras. Hanya dengan cara itu, barulah tubuh memperoleh semua kebaikannya.
Posted on: Wed, 24 Jul 2013 14:09:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015