(Info sihat-ohh kelapaku!!) Makan tu tak boleh, makan ni tak - TopicsExpress



          

(Info sihat-ohh kelapaku!!) Makan tu tak boleh, makan ni tak boleh.. nanti sakit jantung, kene strok.. santan bahaya, kolesterol tinggi! Semua lantunan komen itu membantutkan pilihan selera dan citarasa kita. Malah ramai orang mula beralih kepada susu lembu sebagai alternatif santan. Begitulah reputasi buruk yang dilemparkan kepada santan dan kelapa. Benarkah begitu? Ketahuilah wahai pembaca sekalian, kesemuanya tidak benar! Kelapa sangat berkhasiat. Kaya dengan serat, vitamin dan mineral. Ia diklasifikasikan sebagai makanan banyak fungsi. Malah, saintis menggelarkannya buah kehidupan kerana banyak manfaat kesihatan. Jadi, apa yang benar tentang kelapa dan santan? 1) Penyakit jantung yang dihadapi kebanyakan orang bukanlah disebabkan minyak kelapa atau santan, tetapi daripada unsur lain yang hadir di dalam makanan seperti margerin, kerepek, makanan panggang, burger, roti canai, mentega dan makanan terproses lain. Juga daripada santan yang diubahsuai dengan minyak terhidrogen. Santan asli sebenarnya lebih baik daripada susu cair atau susu tenusu yang kerap digunakan dalam masakan. Perlu diingat, Allah mencipta sesuatu itu tidak sia-sia, semuanya untuk manfaat manusia. 2) Santan TIDAK bertukar kepada kolesterol mudarat terhadap arteri. Malah, penduduk dunia yang banyak bergantung kepada kelapa sebagai sumber utama lemak didapati bebas daripada penyakit jantung. 3) Penyelidikan mengesyorkan orang dewasa biasa boleh mendapat manfaat daripada 24 gram asid laurik setiap hari. Ini boleh didapati dengan memakan setengah sudu makan minyak kelapa, 10 auns santan asli atau tujuh auns kelapa mentah sehari. Anda juga boleh mengamalkan pengambilan MINYAK KELAPA DARA yang terbukti baik untuk kesihatan. 4) Asid lemak di dalam santan dan minyak kelapa adalah asid laurik, iaitu sejenis lemak yang sama yang banyak ditemui dalam susu ibu. Lemak ini sangat membantu dalam perkembangan otak dan menguatkan tulang. Pada pertengahan tahun 1980-an, minyak soya menguasai 70 peratus pasaran AS, minyak sawit dan kelapa hanya 4 peratus. Bagaimana pun, minat masyarakat AS mula beralih kepada minyak diimport. Dalam tahun 1983, Persatuan Kacang Soya Amerika (ASA) dengan sokongan kumpulan petani, melancarkan siri serangan yang dikenali sebagai Kempen Minyak Tropika. Kempen ini mencipta satu terma baru - minyak tropika. Sasaran ialah untuk menyerang minyak sawit dan kelapa. Tujuan sebenar kempen ini ialah untuk mengatasi saingan minyak import. maka, kempen besar-besaran dilakukan termasuklah menggubal undang-undang berkaitan peningkatan kolesterol minyak tepu. Media mula memainkan peranan dengan meletak tajuk utama The Poisoning of America!. Kempen ini sangat berjaya mengubah persepsi masyarakat dunia terhadap minyak sawit dan kelapa. Kini, ahli-ahli sains berasa bertanggungjawab membetulkan keadaan, mereka mula mengemukakan bukti saintifik tentang kebaikan kelapa dan santannya. Sumber: Majalah ANIS Januari 2011
Posted on: Fri, 15 Nov 2013 11:32:29 +0000

Trending Topics



a 100 mg
LOWER THAN ATLANTIS myamigouk/lowerthanatlantis.htm Visit the
A pencil maker taught the the pencil to have important lessons: 1.
Rg_costumes Girls Girls Renaissance Peasant Girl - L Costume Black
The Diary of Iris Vaughan Trouble was never far away where the
This may make people angry, and I dont care if you disagree. But
看《The Normal
[one of the songs my granddaughter really likes to listen to at

Recently Viewed Topics




© 2015