[InfoSPPBS] Admin harap KPM sedar perkara ini: 1. Sistem SPPBS - TopicsExpress



          

[InfoSPPBS] Admin harap KPM sedar perkara ini: 1. Sistem SPPBS memaksa guru-guru menggunakan browser Internet Explorer versi 7-9 yang tidak lagi digunakan di kebanyakkan komputer zaman sekarang. Ia mengandungi banyak holes dan masalah security pada browser yang berbahaya & vulnerable kepada pengguna sebab boleh di exploit untuk penyebaran virus dan malware ketika user online. Takkan beratus2 pegawai IT kat KPM tak boleh kenalpasti perkara basic seperti ini? 2. Microsoft sendiri tidak menggalakkan penggunaan browser tersebut sekarang. Bagaimana KPM boleh membuat sistem yang menggunakan teknologi lama dan tak compatible kepada hampir semua browser utama (yang lebih selamat) di seluruh dunia? Sistem tersebut TIDAK BOLEH digunakan di Chrome, Mozilla dan Safari yang mewakili hampir 80% pengguna komputer di seluruh dunia. 3. Kenapa semasa proses development sistem TIDAK mengambil kira perkara ini yang menyusahkan ramai user sistem tersebut? Adakah penggunaan Microsoft Server yang mahal kos tersebut berbaloi dengan kos sistem tersebut yang jauh lebih murah menggunakan open sources seperti Linux, Redhat dsb. Berapa banyak pembaziran oleh KPM membangunkan sistem yang berpuluh juta ini. 4. Ia juga menyebabkan beribu-ribu pengguna Mac (Apple) langsung tidak boleh menggunakan sistem ini kerana ia hanya boleh menggunakan Internet Explorer. 5. Selain itu, disebabkan bandwidth laman KPM yang terhad, sistem SPPBS yang dilaksanakan oleh KPM tersangat perlahan untuk di access oleh beratus ribu guru di seluruh Malaysia dalam tempoh yang sama. Ramai guru terpaksa bangun pukul 2-3 pagi semata-mata nak mengisi markah murid yang langsung tidak dapat di masuki pada sebelah siang. Ditambah dengan tarikh tutup yang ditetapkan oleh KPM kepada beratus ribu guru.
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 03:29:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015