Ini cerita bukan main-main. Ini cerita betul. Ini adalah cerita - TopicsExpress



          

Ini cerita bukan main-main. Ini cerita betul. Ini adalah cerita percintaan yang sadis. Yang membuatkan semua lelaki berfikir 10 kali nak curang. Ini dia kisah antara Botak, Gemok dan Amoi. Ini cerita berlaku di sebuah negara Nusantara. Negara itu kaya dengan sumber alam. Negara indah permai, aman sentosa. Rakyatnya semua bersyukur. Hidup harmoni. Namun rajanya hidup tidak bahagia. Permaisurinya gemuk, pendek, berambut besar. Senang cerita tak sedaplah. Itulah dia si raja yang bernama Botak, dan permaisurinya Gemok. Botak pun berfikirlah siang malam pagi petang bagaimana nak membahagiakan dirinya. Dia tak boleh hidup begini selamanya. Jika dia terus hidup begini, maka dia takkan dapat apa itu nikmat berumahtangga. Jadi Botak bersama panglima-panglimanya pergilah merantau mencari pengganti si Gemok. Betapa sundalnya si Botak ini. Sesudah merantau selama 3 hari 3 malam, Botak dan rombongannya sampailah ke sebuah negara iaitu negara Bonggoldiasedap. Fuuuuhh wanita-wanita di situ sedap-sedap belaka. Botak pun tak keruan. Meleleh air liur, berkilat kedua kepalanya. Maka Botak pun mengambil keputusan untuk membawa pulang seorang wanita yang cantik, berkulit halus, putih melepak, badannya menggiurkan, matanya bercahaya, rambutnya ikal mayang. Pandai Botak memilih. Lalu Botak pun pulanglah ke negara asalnya. Di negara asalnya Botak mencari seribu satu alasan untuk berkahwin satu lagi. Sebab di negaranya tak boleh kahwin 2. Mampos jadi macam Ashraf Muslim setiap minit kena kutuk dalam twitter sampai trending. Lalu Botak mendapat satu idea iaitu membunuh isterinya. Dan dia akan beritahu rakyatnya yang isterinya mati akibat overdose makan siang malam tak berhenti. Maka bolehlah botak berkahwin dengan Amoi. Botak pun mengarahkan panglimanya 2 orang untuk menangkap Gemok pada waktu malam dan disumbat ke dalam karung guni. Besok pagi-pagi lepas subuh, Gemok akan dibunuh. Namun Botak lupa seperkara. Isterinya adalah tokoh sukan negara. Sewaktu panglima-panglimanya sedang tidur, Gemok dapat melepaskan diri. Dengan hanya sekali teran, koyaklah guni itu. Lalu Gemok pun menangkap Amoi dan menyumbatkannya ke dalam guni baru. Dan diletakkanlah guni itu di tempat panglima-panglima Botak tidur. Menjelang subuh, panglima-panglima Botak bersiap untuk membunuh orang berada dalam guni itu. Dihalakan meriam Belanda ke arah guni itu dan BOOOOMMM!!! Berkecailah guni itu dengan isi-isinya sekali. Daging, darah dan tulang bertaburan. Gembiralah Botak mendengar berita itu. Bersiaplah dia untuk mengumumkan pada rakyat yang dia akan kahwin satu lagi. Rakyat sudah berhimpun. Botak pun memaklumkan pada rakyat bahawa isterinya sudah mati terlebih makan. "Jadi, saya akan umumkan permaisuri baru dalam hidup saya." Botak pun memanggillah Amoi keluar. Senyum Botak tergendala, telurnya termasuk hingga ke tekak membuatkan dia terdiam. Disangkanya Amoi yang keluar, rupa-rupanya Mak Badak! "Oooo nak kawen lain ye. Tak sedar diri punya Botak. Mulai hari ini kau dengar cakap aku. Semua duit kau aku pegang. Kalau tak nasib kau pun samalah dengan Amoi tu. Kau nak?" Terketar-ketar Botak menjawab. "Tak nak Daaaaarling." Sejak dari peristiwa itu, Botak mengikut segala kehendak isterinya. Apa yang isterinya mahu dia mesti tunaikan sehingga ke hari ini. Cincin, gelang, beg Hermes, nak buat sekolah semua kena kasi. Kalau tak, mati. Jadi pengajaran dari cerita ini, hargailah isteri anda. Biar gemuk, tak lawa, rambut besar, dia tetap isteri anda
Posted on: Sat, 24 Aug 2013 01:24:31 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015