Intipati Forum : Kolokium Mahasiswa Pendidik 2013 Masa Depan - TopicsExpress



          

Intipati Forum : Kolokium Mahasiswa Pendidik 2013 Masa Depan Pendidikan di Malaysia Moderator: Tuan .Solhi Sharif Panelis 1 : Tengku Asyraf (YDP IPIS) Panelis 2 : En.Mohshen bin Jamaat ( Guru) Panelis 3 : Tn.Hj Mat Nawi Mat Jusoh (Pensyarah Kanan IPMM) Pusingan 1-Masa Depan Pendidikan di Malaysia dari Kaca Mata Panel Panelis 1: 1) Selagi mana pendidikan di Malaysia masih mengamalkan teori pendidikan dari barat, maka pendidikan Malaysia akan tidak ke mana-mana. 2) Malaysia tetap akan menjadi sebuah negara dunia ketiga. Panelis 2: 1) Memetik kata-kata Syed Qutb: Apabila aku melihat Barat, aku nampak orang Barat dan nilai-nilai Islam di dalamnya tetapi apbila aku melihat Timur (negara-negara Islam) aku nampak orang Islam tetapi tidak ada nilai Islam di dalamnya. 2) Nilai-nilai Islam perlu dicedok dengan sepenuhnya ke dalam sistem pendidikan Malaysia tanpa memberi peluang kepada sistem penjajah. Panelis 3: 1) Guru dapat dibahagikan kepada 3 peringkat mentaliti: a) Guru mentaliti buat kerja (SYMP-saya yang menurut perintah) b) Guru mentaliti untuk mencari makan -bercakap tentang time-based dan kenaikan pangkat c) Guru mentaliti untuk membina anak bangsa dan membina tamadun negara yang lebih hebat di Malaysia. p/s: Kita bakal guru/guru mentaliti kelas ke berapa ye kawan2? Tepuk dada tanya iman. 2) Masa depan pendidikan di Malaysia bergantung kepada kebolehan guru berfikir di luar kotak. 3) Hala tuju pendidikan di Malaysia bergantung kepada: -cara berfikir guru -cara bertindak guru Pusingan 2- Tindakan yang Perlu Dilakukan bagi Memastikan Pendidikan di Malaysia Lebih Baik Panelis 1: 1) Pembelajaran kita banyak berpandukan kepada penilaian akal semata-mata dari segi objektif pembelajaran yang ingin dicapai. 2) Ilmu itu datangya dari hati, akal tempat menapisnya sahaja. 3) Orang-orang melayu selalu dimomokkan dengan peringatan-peringatan yang dapat menyesatkan pemikiran kita misalnya anak dara yang selalu menyanyi di dapur akan berkahwin dengan lelaki tua. Memang dari segi nilai pengajaran itu bagus kerana tidak mahu masakan di dapur itu dibiar hangus namun ia memberi kesan kepada pemikiran. 4) Akhirnya kita perlu berbalik kepada konsep ilmu yang sebenarnya iaitu: -ilmu naqli -ilmu aqli Panelis 2: 1) Mahasiswa pendidik perlu sedar akan tanggungjawab mereka selaku bakal pendidik anak bangsa. 2) Hakikatnya setiap program yang dianjurkan oleh JPP di kampus-kampus sebagai memberi nilai tambah kepada bakal pendidik hanya dipandang enteng dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat. 3) Adakah mahasiswa pendidik di IPG berada di dalam "comfort zone" kerana diberi elaun, kemudahan sehingga menyangkakan aktiviti-aktiviti yang memberi nilai tambah selain BIG dan aktiviti IPG tidak penting dan tidak ada manfaat? 4) Adakah mahasisiwa IPG ini merupakan proformaisme (terlalu mengikut proforma? Cukupkah jika sekadar mengikut proforma sebagai bekalan untuk menjadi pendidik? 5) Mahasiswa pendidik perlu berfikir dengan lebih serius. Panelis 3: 1) Para guru takut untuk berfikir di luar kotak pemikiran sehingga mengiakan sistem penjajah yang dibawa oleh barat. 2) Kesannya pemikiran kita telah didoktrin dengan mentaliti penajajah 3) Guru perlu lebih berani bertindak luar biasa hebat, bukan sahaja mengikut syllabus semata-mata. 4) Jangan takut untuk menggalakkan pelajar untuk berfikir di luar syllabus pembelajaran. 5) Corak pendidikan di Malaysia lebih cenderung kepada exam oriented. 6) Ibu bapa lebih gemar membandingkan anak mereka mendapat berapa A di dalam exam."Anak aku dapat 8A dalam PMR, anak hang ada??" 7) Ini tidak adil kepada pelajar yang mendapat 8B. Pusingan akhir: RESOLUSI 1) Guru perlu melihat masalah yang datang itu sebagai peluang untuk mencipta perubahan. 2) Guru perlu mencari nilai tambah. Tidak cukup sekadar mengikut proforma yang ada di IPG. 3) Orang yang berfikir sahaja yang dapat mengajar orang yang berfikir. 4) Siapkan mentaliti pendidik yang akan mendidik. 5) Sentiasa mengupgrade dan mengupdate diri. 6) Elakkan diri manjadi guru yang terjerumus di dalam comfort zone. Takut untuk mengupdate dan mengupgrade diri. 7) Jadilah seperti Imam Malik yang mengiktiraf anak muridnya lebih hebat daripadanya. Guru perlu menanamkan impian bahawa anak muridnya perlu lebih baik daripadanya. Terima kasih atas perkongsian dari Saudara Rihaz Razak.
Posted on: Mon, 23 Sep 2013 18:45:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015