Ipoh: Seorang kanak-kanak, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, masih mampu - TopicsExpress



          

Ipoh: Seorang kanak-kanak, Mohd Amar Mohd Azizi, 10, masih mampu bercakap dan tersenyum, semalam, walaupun sebutir peluru tertanam di kerongkongnya. Mohd Amar dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU), Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), malam Isnin lalu, selepas terkena tembakan dilepaskan seorang anggota polis berpangkat sarjan yang sedang mengosongkan senjatanya di hadapan rumah di Kampung Belanja Kiri, Parit, di sini. Akibat kejadian itu, mangsa yang cedera parah dibawa ke Klinik Parit sebelum menjalani ujian imbasan X-ray di Hospital Batu Gajah dan dipindahkan ke HRPB. Bapa mangsa, Mohd Azizi Abdullah Halim, 48, berkata, keadaan anaknya itu dilaporkan stabil dan menunggu masa untuk menjalani pembedahan. Foto MOHD Amar cedera parah terkena tembakan. “Walaupun peluru tertanam di dalam kerongkongnya, dia masih boleh bercakap dan berjalan seperti biasa.
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 10:23:37 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015