Isi Memorandum Bantahan Terhadap Kerajaan Singapura yang - TopicsExpress



          

Isi Memorandum Bantahan Terhadap Kerajaan Singapura yang diserahkan kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura oleh Ketua Wira Perkasa Malaysia, Saudara Irwan Fahmi Ideris jam 2.30 petang tadi. [Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mengecam sekeras-kerasnya tindakan negara Singapura yang menjadi pengkalan pengintipan oleh kuasa asing ke atas negara jiran termasuk Negara Malaysia. PERKASA juga menganggap perbuatan pengintipan oleh Kerajaan Singapura ke atas Malaysia ini adalaj suatu perbuatan yang keji kerana tidak menghormati kedaulatan negara jiran dan melanggar Etika Hubungan Diplomasi. PERKASA dengan ini menggesa Kerajaan Singapura menghentikan perbiatan hina ini ke atas negara jiran serta merta dan wajar memohon maaf kepada rakyat dan negara Malaysia. PERKASA mengucapkan tahniah kepada Wisma Putra Malaysia kerana telah mengambil tindakan segera dengan memanggil Duta Singapura ke Kuala Lumpur bagi menjelaskan isu ini. Sekian. Yang Benar Irwan Fahmi Ideris Ketua Wira Perkasa Malaysia] Gambar-gambar sekitar penyerahan memorandum. #MF
Posted on: Wed, 27 Nov 2013 13:26:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015