Islam gagah bila Quran dijunjung TAN SRI ABDULLAH AHMAD 28 Julai - TopicsExpress



          

Islam gagah bila Quran dijunjung TAN SRI ABDULLAH AHMAD 28 Julai 2013 * Jumaat lepas adalah Nuzul Quran – hari cuti umum di Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor dan Terengganu sahaja. Agak terkejut Kedah dan Johor - dua negeri Melayu asal yakni Unfederated Malay States - tidak mengisytiharkan cuti umum pada hari al furqan diturun atau diwahyukan 1434 tahun dahulu dalam bulan Ramadan melalui Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad SAW pada malam lailatulqadar bermula dengan Surah 96: Al Ikraq. Lailatulqadar dipercayai berlaku antara satu malam sepuluh malam terakhir bulan puasa. Makna lailatulqadar ialah ‘the night of power or destiny’. Mengikut pembacaan Speaking, “lailatulqadar is better than a thousand months” yakni power lailatulqadar serupa 1000 bulan lain! Berpangkalkan itu bermulalah misi penyebaran agama Islam ke seluruh alam. Ramai orang Islam percaya lailatulqadar berlaku pada 27 Ramadan sungguhpun tiada asas kukuh menunjuknya begitu. Meskipun begitu masjid, surau, madrasah (balaisah) penuh sesak, kadangkala melimpah keluar dewan, dengan mereka yang menunaikan solat tarawih khususnya 10 malam terakhir. Sudah jadi tradisi mereka mengejarkan lailatulqadar dalam period itu. Kalaulah orang Islam beramal ibadat, berniaga, bekerja dan membaca Quran serajin dan makan minum berdisiplin seperti bulan puasa (ramai juga yang jaga diet, lebih ramai lagi tidak peduli langsung), saya percaya skala ekonomi, pengetahuan dan kesihatan orang Melayu meningkat; dan insiden jenayah menurun. Kenapa orang kita hanya patuh pada undang-undang dan syariat pada bulan puasa sahaja? Saya suka puasa, cintai saum kerana Rasulullah bersabda puasa adalah suatu ‘spiritual discipline’ yang baik; dilakukan Baginda banyak hari selain daripada puasa Ramadan yang wajib. Puasa di luar Ramadan adalah sunnah. Sabdanya: “seorang itu bukan seorang Muslim yang baik jika dia kenyang manakala jirannya lapar.” Saya suka bertarawih bergilir masjid, 8 rakaat atau 20 rakaat tiada menjadi masalah pada saya. Lewat malam, setelah makan ‘cholek’ atau ke coffee house, saya suka mengikuti tadarus Quran melalui beberapa saluran TV termasuk dari Mekah. Setakat ini, saya, ditemani seorang kawan, telah berjemaah tarawih di Masjid Titiwangsa, Masjid Wilayah, Masjid Negara dan Masjid Petronas KLCC. Hasrat kawan dan saya menunai solat tarawih di Masjid Kampung Baru, Masjid Bangsar dan Masjid Jamek minggu depan. Ahad malam (22 Julai), saya dan kawan bertarawih di Masjid KLCC (20 rakaat dan witir dengan dua salam). Selepas tarawih tamat, saya dihampiri seorang tersenyum lebar; berjubah. Katanya: “Tan Sri hebat - boleh melakukan 20 rakaat tanpa kelihatan penat. Nampak segar seperti dulu juga”. “Alhamdulillah, setakat ini melakukan 20 rakaat tiada masalah”. Saya terus beredar ke arah pintu besar langsung terlintas orang yang berjubah senyum lebar dan berwajah tenang itu adalah seakan Yusof Idris – satu ketika yang panjang General Manager Capital Insurance, di mana saya pengerusinya lebih 10 tahun. Saya mencarinya dan terjumpa. “Are you Yusof Idris?”. “Yalah Tan Sri”. Kami, seperti Arab, berpeluk kerana sudah lama tidak bersua. Tidak ada perubahan pada Yusof - dulu pun tenang orangnya; mukanya berseri walaupun ada tekanan pressure. Saya tidak perasan dia Yusof kerana dia pakai jubah! Apa pun jelas kami berdua telah melakukan transformasi! Kalau di Kelantan, sebelum wujud Masjid Ayesha di Kok Lanas, saya bergilir-gilir bertarawih. Sekarang saya bergilir-gilir tempat berbuka puasa dan makan ‘cholek’!. Dalam bulan Ramadan kita harus cuba mengubah, ‘hati dan minda’ secara holistik sambil mengenang, menoleh ke belakang sebagai lessons. Dalam kita menoleh ke belakang, melakukan reflection pada waktu sama kita harus juga melihat pada masa kemuka. Adakah kita melakukan sewajarnya untuk keluarga, negara dan masyarakat? Adakah kita menyanjung pengorbanan dan khidmat bakti orang lain - selain daripada politikus, orang bisnes dan korporat, kakitangan kerajaan dan kroni – yang juga banyak menyumbang pada negeri, negara, bahasa, agama dan watan? Bulan puasa adalah waktu sesuai bagi pihak tertentu sedar, insaf dan ingat bahawa bukan mereka sahaja yang berjasa pada watan, agama, bangsa dan bertanggungjawab menjadikan negara kita seperti sekarang. Situasi mesti berubah satu ketika. Persoalannya bukan tidak akan berlaku tetapi bila. Puak yang leka dan syok sendiri tidak boleh bertahan lama lagi dalam landskap politik dan demografi yang terus berubah dan bertukar. Terlintas dan terfikir, kenapa hari Nuzul Quran, pada saya terpenting, tidak dijadikan cuti nasional seperti Maulud Nabi atau hari kebesaran agama lain? Sudah sampai masanya semua wilayah di Malaysia mengumumkan Nuzul Quran public holiday dan saya berharap akan dilakukan sebelum PRU14; lebih baik kalau boleh bermula tahun depan. Pelik: hari keputeraan Nabi public holiday seluruh negara tetapi hari wahyu Tuhan diturunkan tidak! Semenjak wahyu berlaku, Islam sekarang agama, mengikut statistik, kedua terbesar di dunia. Dan dijangka, kalau birth rates orang Islam terus meningkat, bilangan Muslim dan Muslimat akan melebihi bilangan penganut Kristian yang mendahului orang Islam kini. Saya jangka, di antara empat atau lima dekad dari sekarang orang Islam teramai di seluruh alam. Apabila Ramadan meninggalkan kita, saya amat sedih kerana saya kembali hidup tidak berjadual dan tidak berdisiplin seperti biasa. Sungguh hiba apabila Ramadan tamat! Apa pun kalau takut buat silap, tak ada kerja yang siap. Hidup pun tidak gembira. S.H
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 14:52:11 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015