Islam telah mengajar kita supaya bersangka baik (husnuzon) kepada - TopicsExpress



          

Islam telah mengajar kita supaya bersangka baik (husnuzon) kepada orang lain, jangan sesekali bersangka buruk kerana bersangka buruk itu boleh timbul fitnah. Selain dari itu juga ia boleh menyebabkan hubungan sesama Islam putus dan berpecah belah. Tidak salah kita bersangka baik kepada orang lain dan ia tidak merugikan kita. bila bersangka baik, secara automatik hubungan kita akan jadi baik dan mesra dengan orang tersebut. Firman Allah SWT : “Dan janganlah Engkau mengikut apa yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.” (Al-Isra : 36) Setiap apa yang kita ragui selidikilah dahulu dengan bertanya kepada orang tersebut, agar kita memperolehi jawapan atas keraguan kita. Jangan pula bertanya kepada musuhnya yang sudah pasti jawapan mereka akan mengiyakan apa yang kita ragui. Seperti situasi politik sekarang, orang yang dituduh liwat, berzina, politik dan sebagainya tidak dirujuk kepadanya. Malah dirujuk kepada seteru politiknya, sudah pasti jawapan yang kita perolehi buruk dan fitnah. Perbuatan fitnah adalah satu kesalahan yang paling besar dengan dosa-dosa yang lain. Firman Allah SWT : “Dan (ingatlah Bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan” (Al-Baqarah : 191) Sepatutnya suami dan isteri tidak perlu ada apa-apa perasaan yang negatif terhadap pasangannya, kerana perasaan tersebut akan membuatkan hubungan mereka menjadi tidak selesa dan tidak harmoni. Ini boleh menyebabkan timbul rasa tidak selesa di antara pasangan dengan kita, lama-lama boleh menyebabkan rasa bosan dan boleh berlaku pergaduhan dan penceraian. Menjadi binasa ialah anak-anak yang tidak tahu apa-apa, mereka hilang kasih sayang dari ibu bapa dan hidup mereka diabaikan. Maka mereka mencari ketenangan dan keseronokan di luar rumah kerana mereka menganggap rumah itu adalah neraka bagi mereka. Timbullah masalah sosial dikalangan anak-anak yang terbiar dari kedua ibu bapa disebabkan pergaduhan dan mementingkan diri masing-masing. Dari mula kita menerima pasangan kita semasa bercinta sehingga berkahwin dengan mengatakan “saya terima awak seadanya, segala kelemahan dan kecacatan awak itu juga saya terima. Kita teruskan hubungan dengan apa cara sekali pun walaupun berbagai rintangan dan dugaan yang perlu kita hadapi.” Bila renung kata-kata ini ibarat seperti ikrar seorang anggota komando yang sanggup mati di medan perang demi mempertahankan negara tercinta ini. Bila dah kawin semua ini menjadi basi dan semua kenangan yang ada tidak lagi manis malah semua menjadi pahit.
Posted on: Wed, 25 Sep 2013 18:03:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015