JAMIL KHIR UMUM TANDING JAWATAN MT UMNO YAN, 18 Ogos: Menteri di - TopicsExpress



          

JAMIL KHIR UMUM TANDING JAWATAN MT UMNO YAN, 18 Ogos: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum menawarkan diri untuk bertanding jawatan Majlis Tertinggi, MT UMNO dalam pemilihan parti akan datang. Beliau berkata, keputusan tersebut diambil selepas membuat beberapa pertimbangan terutama untuk memastikan golongan agama dapat memainkan peranan dengan lebih berkesan dalam parti. "Selain itu, ahli di peringkat akar umbi juga memberi sokongan penuh kepada saya untuk bertanding jawatan itu" katanya kepada pemberita selepas majlis rumah terbuka hari raya Aidikfitri parlimen Jerai di Guar Chempedak, Yan, hari ini.
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 06:19:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015