JOMM SOKONG AYAM ORGANIK "HALAALAN THOYYIBA" Admin percaya tidak - TopicsExpress



          

JOMM SOKONG AYAM ORGANIK "HALAALAN THOYYIBA" Admin percaya tidak akan berlaku masalah pembaziran makanan (pembuangan hampir separuh baki makanan ke tong sampah) yang memeranjatkan kita baru-baru ini. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) telahpun mendedahkan bahawa 45% daripada makanan telah dibuang begitu sahaja. Jika kita bertindak menternak ayam organik, maka sisa-sisa makanan tersebut boleh dijadikan makanan ayam secara percuma di samping menggalakkan aktiviti guna semula sisa makanan/organik. Berikan peluang kepada golongan yang berkemahuan untuk melaksanakan projek ini biarpun bermula secara kecil-kecilan. Selain dari itu, sistem pengendalian makanan haruslah cekap bagi mengelakkan pembaziran. Gunakan sistem buffet dan ambil sebanyak yang perlu patut diamalkan di premis-premis perkhidmatan makanan mahupun di hotel-hotel. Makan sampai habis biarpun banyak lebih baik dari membazirkan makanan. Hanya yang sepatutnya tersisa dikumpulkan di tong khas agar boleh dimanfaatkan oleh pengusaha ternakan tersebut. Selamat mencuba ! MAKAN UNTUK HIDUP, BUKAN HIDUP UNTUK MAKAN !
Posted on: Sun, 16 Jun 2013 01:26:05 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015