Jangan salahkan rakyat Sabah & Sarawak andainya BN terus menang - TopicsExpress



          

Jangan salahkan rakyat Sabah & Sarawak andainya BN terus menang kerana PR sendiri gagal di Malaya. Saya ingin mengajak rakan-rakan semua mengingatkan kembali Deklarasi Kuching yg termasuk di dalam manifesto PR pada PRU 13 lepas. Poin 1 Kerjasama bersekutu Memulihara intipati Perjanjian Malaysia dan memperkasakan kedudukan Sabah dan Sarawak setanding dengan Semenanjung Malaysia dengan mengembalikan autonomi Sabah dan Sarawak mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan. Baiklah kita buat “simple mathematic” utk tujuan ini. Untuk mengembalikan autonomi SS “mengikut lunas Perlembagaan Persekutuan”, PR memerlukan 2/3 majoriti utk mengubal Perlembagaan. Kita kembali kpd Keputusan PRU 13 BN Malaya Menang : 86 PR Malaya Menang : 80 Jumlah MP SS ialah : 56 Jika PR menang kesemua kerusi di SS, maka jumlah kerusi yg dimenangi oleh PR ialah 136 sedangkan minima utk mendapat majoriti 2/3 ialah 148 kerusi. Jadi bagaimana PR mampu mengubal Perlembagaan Persekutuan andai nya majoriti 2/3 tidak diperolehi? Jangan pula ada yg berseloroh menyatakan, “kita beli MP dari BN”. Siapa yg berputih mata, rakyat SS juga. Maka jika ramai org mengatakan rakyat SS “bodoh” kerana terus mengundi BN, sila bandingkan keputusan PRU 13 & PRU 12. MP yg dimenangi oleh PR semasa PRU 12 ialah hanya 2 kerusi sedangkan pada PRU 13, PR telah menang 9 kerusi di SS. Naik lebih dari 100%. JADI SIAPAKAH SEBENARNYA “FIXED DEPOSIT” BN? Malaya atau Sabah & Sarawak? Itu lah akibat nya selagi kita rakyat SS masih bergantung kpd Parti dari Malaya, kita tidak akan kemana. Mcm org Malaya selalu sebut, “pi mai, pi mai, tang tu ga” Mari kita renungkan bersama.
Posted on: Fri, 27 Sep 2013 06:07:18 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015