Jika Taknak Diungkit Pekung Di Dada,Jangan Merepek-repek Pekung - TopicsExpress



          

Jika Taknak Diungkit Pekung Di Dada,Jangan Merepek-repek Pekung Yang Tiada Peribahasa di atas ini memang anda takkan jumpa di mana-mana kamus peribahasa.Peribahasa ini dicipta oleh saya sendiri.Sebab apa?Sebab menyampah dengan spesis yang takut pekung sendiri terbuka,tapi suka supaya orang lain dapat pekung dengan menggentel ke badan orang lain sambil menggesekkan pekung dia yang hanyir busuk dengan harapan orang lain dijangkiti penyakit merepek-repek dia tu. Apa tu pekung?Kudis kenal?Ada orang berkudis badannya,ada orang berkudis hatinya. Di link ini: themalaymailonline/opinion/uthaya-sankar/article/kisah-tentang-malayu sebagai flashback saya telah mengomen tentang artikel yang Uthaya Sankar yang merepek meraban pasal asal-usul Melayu,dengan nickname Siti,saya menjelaskan dengan sopan: Salam dan Selamat Sejahtera. Bahasa Melayu terkelompok dalam bahasa-bahasa Austronesia berdasarkan laras bahasa dan ciri-cirinya.Cuba kaji tentang bahasa dan budaya Austronesia.Ia bukan berasal dari India.Ia sudah bertapak di Asia Tenggara sejak ribuan tahun.Pengaruh bahasa Sanskrit (bukan Tamil ya) disebabkan faktor keagamaan dan perdagangan (Bahasa Sanskrit juga mempunyai pertalian dengan bahasa Avestan,bahasa Parsi Purba),sebagaimana pengaruh bahasa Inggeris pada hari ini.Satu lagi,adakah sebahagian besar orang Cina yang menganut agama Buddha hari ini maka orang Cina berasal dari India?Adakah orang Melayu beragama Islam maka mereka berasal dari Arab? Orang Melayu bersama-sama suku-suku Austronesia/Nusantara yang lain seperti Jawa,Bugis,Sunda dan sebagainya sebenarnya milik satu budaya besar Austronesia yang punya pertalian dengan orang Hawaii,Samoa dan sebagainya.Mengatakan Melayu dari India adalah kenyataan tidak akademik dan cetek pengetahuan. Minta saudara Uthaya Sankar B lebih akademik dalam hal ini dan bukan serkap jarang. Terima kasih Lepas tu ada mamat yang tak puas hati sebab saya kata Sanskrit berasal dari Avestan atau adik-beradik bahasa Parsi Purba tu.Dia balas setelah sekian lama memendam dendam dan berusaha menggodek Internet untuk mematahkan hujah saya: Saudari Siti, asal bahasa Sanskrit adalah bahasa Tamil. Sila rujuk kajian yang dilakukan oleh Dr Loganathan. Kajian beliau juga membuktikan bahawa Sumeria adalah bahasa Tamil kumo (Archaic Tamil). Semua bahasa Eropah mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa Sumeria dan juga bahasa Sanskrit. Semua kajian Dr Loganathan ada kat arutkural;, Cuba google, Ini mungkin sukar diterima oleh kebanyakan orang tetapi bukti semakin kuat yang menunjukkan kebenaran ini Saya pun pergi tengok sape mamat Loganathan yang dijadikan rujukan dia ni.Rupanya spesis profesor kangkung tahap putar alam 360 darjah.Teorinya berdasarkan tulisan Pepaku (Cuneiform) yang dikatakan menyerupai bahasa Tamil jika diterjemahkan,padahal itu adalah dalam kelompok bahasa kaum Elam yang bahasa dia banyak link dengan Munda,Mon-Khmer dan Dravidia.Rujuk Teori Elamo-Dravidia yang masih kabur dan tak diiktiraf.Dengan kajian profesor kangkung ni,mamat ni mendakwa bahasa Tamil adalah asal bahasa Sumeria dan Avestan.What the shit? Bahasa Elam adalah bahasa terpinggir yang tiada kaitan dengan bahasa Sumeria mahupun bahasa-bahasa Semitik seperti bahasa Ibrani (Hebrew),Arab,Akkad ataupun Assyria dan tulisan pepakunya nampak jelas ditiru dari tulisan Sumeria.Kaum Elam ada link dengan Tamadun Indus atau Mohenjo-Harappa dan mereka ni kaum pedagang.Sebab itu bahasa dia tak dapat dikelompokkan dengan jelas (isolate language).Nampak sangat Elam ni adalah pendatang dari tengah India macam kaum Brahui yang ada di Pakistan (terletaknya Tamadun Mohenjo-Harappa) yang berhijrah dari kawasan Dravidia di India. Kemudian saya membalas: Saudara,anda kena lihat struktur lingustik terlebih dahulu dan banyak faktor lain sebelum menyatakan yang demikian.Di sana ada apa yang dinamakan Sanskritisation kepada bahasa Tamil,selain bahasa-bahasa utara India yang lain seperti Pali dan Prakrit.Faktor agama adalah amat kuat kepada proses ini selama mana wujudnya agama Hindu pada masyarakat Dravidia dan sistem kasta di mana telah wujud apa yang dinamakan sebagai Brahmin Tamil sebagai bahasa pengantara antara kasta.Juga pengaruh kerajaan-kerajaan utara India seperti Empayar Maurya di mana ketika zaman Asoka,selatan India di bawah pengaruh Maurya selepas penaklukan Kalinga,dan ini mempercepatkan pengaruh Sanskrit ke atas bahasa Tamil.Bahasa Tamil tergolong dalam bahasa-bahasa Dravidia,manakala Sanskrit adalah milik Indo-Eropah yang merupakan keluarga bahasa yang besar.Ia dalam kategori berbeza.Penghijrahan kaum Indo-Aryan yang membawa sebahagian tamadun kepada benua India sukar disangkal sehingga ke hari ini,walaupun ramai sarjana India cuba mengajukan pelbagai teori.Rujuk teori Elamo-Dravidian yang sebenarnya lebih awal dari teori Dr. Loganathan itu,dan akhirnya tidak punya keputusan yang jitu.Sebab itu kajian Dr. Loganathan itu sekadar menambah teori Anti-Aryan Invasion sahaja.Itu semua faktor sosial (peperangan,penghijrahan,pengaruh agama) bukan asal-usul linguistik.Kena tahu juga faktor language shift.Namun yang pasti Sanskrit punya kaitan dengan Avestan dan bahasa-bahasa Indo-Aryan bukan dari bahasa-bahasa Dravidia termasuk Tamil Saya membalas dengan hujah permukaan dahulu tidak terlampau teknikal sebab nak tengok apa balasan dia.Komen saya keluar dengan nickname Siti tu terpacul tapi komen saya menunggu untuk disahkan (approve). Selepas beberapa jam,komen saya terus ghaib dan nickname Siti tu pun ghaib sama! Hai,nampaknya moderator The Malay Mail ni sama ada satu spesis dengan Uthaya Sankar ataupun bengap.Komen tak tentu hala menghina sejarah Melayu dilepaskan,tapi komen akademik diblock.Agaknya dia ni taktahan dengan hujah saya dan lepas ni dia ni dah niat kalau ada lagi saya mengomen dia akan terus padamkan. Stupid!Kalau taknak orang ungkit kisah-kisah silam anda,jangan cuba nak mereka-reka cerita pasal orang lain. Tau pun marah bila kita ungkit REALITI dia,tapi bila kita diam taknak kacau dia,dia bangkit merepek-repek macam syaitan dalam jamban time azan. Saya benci dengan orang yang dah sah sejarah dia memang nenek moyang dia terhegeh-hegeh meminta simpati mencari sesuap rezeki di sini untuk lari dari kemelut ekonomi di tempat asal,kemudian tiba-tiba berusaha bersungguh-sungguh untuk mereka-reka sejarah orang lain yang memang sah sejarah orang lain tu adalah pribumi tempat tu supaya dia boleh establishkan keturunan dia sebagai pribumi juga.This is shit,sebab walaupun The Americans punya kuasa segala-galanya di Amerika,namun mereka tetap akur dengan sejarah bahawa kaum Apache,Cherokee atau sewaktu dengannya adalah THE INDIGENOUS. Kita seboleh-bolehnya nak layan semua kaum dengan harmoni,taknak ungkit siapa pendatang siapa pribumi (istilah kerajaan:bumiputra) sebab semua tu dah siap establish dalam sejarah.Kita nak layan kaum-kaum ni sebagai warganegara (citizen).Itu yang penting.Isu PRIBUMI (indigenous) adalah kes khas di mana semua orang takboleh buat apa-apa dan semua citizen kena hormat dan akur sebab you takboleh ubah sejarah ikut nafsu syaitan you sesuka makbapak you,understand? Jika takut dilambung ombak,jangan berumah ditepi pantai.Jika Taknak Diungkit Pekung Di Dada,Jangan Merepek-repek Pekung Yang Tiada ~Srikandi Pemusnah Musuh-musuh Sejarah Melayu
Posted on: Sat, 16 Nov 2013 23:24:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015