~Jual Agama episode 2~ Status ini merupakan sambungan kepada - TopicsExpress



          

~Jual Agama episode 2~ Status ini merupakan sambungan kepada status sebelum ini yang berjudul jual agama yang mengisahkan tentang seorang ustazah yang sangat famous di Malaysia dan negara Arab. Apabila dijemput untuk menghadiri muktamar ulama sedunia di Afrika Selatan pada 20hb Januari lepas, beliau demand macam-macam perkara yang tak masuk akal mengalahkan ratu dunia. Jadi bagi dia, agama ini merupakan satu bisnes dimana dia ingin dapatkan segala kemewahan dunia ini melalui agama. Sedangkan di mata dunia dia berstatus ulama. Namanya harum di tanah Arab dan di Malaysia. Tidak lama selepas peristiwa ini, pada 23hb Januari, berlangsung pula perhimpunan umat Islam sedunia yang berlangsung di Bangladesh. Perhimpunan umat Islam tahunan ini mendapat rekod dunia sebagai perhimpunan manusia paling ramai di dunia selepas perhimpunan Haji di Mekah. Perhimpunan umat Islam di Bangladesh itu dianjurkan oleh Jemaah Tabligh sedunia dan berjaya menghimpunkan jutaan dan jutaan manusia di sana. Apa yang mengkagumkan, seorang Putera Mahkota negara Qatar yang telah mendapat hidayat daripada Allah untuk menyertai jemaah Tabligh juga turut hadir ke perhimpunan di Bangladesh itu. Putera Mahkota Qatar yang kaya raya itu hadir ke perhimpunan tersebut TANPA DEMAND apa-apa, tanpa pengawal, tanpa minta hotel, tanpa minta kereta mewah, dan tanpa minta wang saku sebanyak USD1000 sehari. Putera Mahkota tersebut hanya tidur beralaskan tikar anyaman yang dihamparkan di atas lantai bumi. Note: Sekarang dunia sudah terbalik, raja dan menteri yang merupakan simbol kepada kecintaan dunia telah menjadi zuhud manakala ulama yang sepatutnya hidup zuhud dan menjadi simbol kezuhudan kepada umat pula hari ini menjadi begitu rakus terhadap dunia seperti yang dikhabarkan Rasulullah akan muncul di akhir zaman kelak (iaitu zaman ini).
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 17:30:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015